Selesema Babi H1N1 di MALAYSIA - 88 kematian, 15,152 kes

Informasi Terkini. Isu-Isu Semasa Dalam & Luar Negara. Ilmu2 Untuk Dikongsi & Dibincang Bersama Secara Ilmiah & Terbuka.

Moderator: muyyaQ

Dana bendung H1N1 di sekolah 'tidak cukup'

Postby sawi » Thu Aug 20, 2009 11:25 am

Dana bendung H1N1 di sekolah 'tidak cukup'
style="overflow: hidden; max-height: none;"Jimadie Shah Othman.jpg
Jimadie Shah Othman.jpg (1.8 KiB) Viewed 833 times

Jimadie Shah Othman
Ogos 19, 09
6:32pm


Kementerian Pelajaran mengakui peruntukan RM2.6 juta untuk membekalkan penutup muka, alat penyukat suhu dan pembersih tangan bagi mencegah wabak influenza A (H1N1) ke semua sekolah "masih tidak mencukupi".

"Memang tidak cukup. Penutup hidung dan mulut memang mahal. Bukan mahal macam mana, (ia) tidak boleh dipakai sampai seminggu atau dua minggu, tetapi sehari.
style="overflow: hidden; max-height: none;"5a8d5d8716b861422069fcb5dac6d9fb.jpg
5a8d5d8716b861422069fcb5dac6d9fb.jpg (5.05 KiB) Viewed 833 times

"Kita bagi pada sekolah. Mungkin kalau pelajar dia tidak ramai, dia boleh bagi. Tetapi kalau pelajar ramai, kita minta pelajar beli sendiri," kata Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom dalam satu sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Ditanya jumlah peruntukan tambahan yang diperlukan bagi menampung kekurangan itu, Alimuddin berkata, beliau tidak pasti kerana ia di bawah seliaan langsung Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.

Mengulas lanjut penularan wabak itu di sekolah-sekolah, Alimuddin menjelaskan, setakat ini, lebih 100 sekolah telah ditutup selama seminggu akibat penularan penyakit tersebut.

Bagaimanapun, Alimuddin menegaskan tidak ada sekolah yang ditutup dua kali kerana penularan H1N1.

Berikutan itu, beliau berkata, arahan telah dikeluarkan meminta guru-guru yang mengajar subjek pertama supaya memeriksa tanda-tanda jangkitan H1N1 di kalangan murid mereka.
style="overflow: hidden; max-height: none;"8f80731c62a1bee62b4a18850ca70386.jpg
8f80731c62a1bee62b4a18850ca70386.jpg (14.17 KiB) Viewed 833 times

Para pelajar yang dikesan mempunyai tanda-tanda penyakit tersebut, akan terus dihantar ke hospital, katanya.

Sementara itu, Alimuddin juga menjelaskan, peperiksaan awam di semua peringkat sekolah tidak akan ditangguhkan bagi mengawal jangkitan penyakit berbahaya itu.

Sebaliknya, tambah beliau, kementerian mempunyai pilihan sama ada membenarkan murid yang dijangkiti menduduki peperiksaan di hospital atau mengasingkan pelajar ketika peperiksaan berlangsung.

Jika ramai pelajar dijangkiti wabak itu, sekolah boleh dibuka untuk pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam sahaja, tambahnya.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1 cecah 1,800 kematian, turut jejas sektor perfileman

Postby sawi » Thu Aug 20, 2009 11:30 am

H1N1 cecah 1,800 kematian
20/08/2009 3:09am

GENEVA 20 Ogos - Angka kematian akibat jangkitan selesema babi meningkat kepada 1,799 orang sejak virus baru itu ditemui pada April lalu, kata Pertubuhan Kesihatan Bangsa-bangsa Bersatu (WHO) semalam.

Jumlah keseluruhan kematian diumumkan oleh WHO dalam laman web mereka.

Ghana, Tuvalu dan Zambia adalah negara-negara yang melaporkan kematian buat pertama kali, kata WHO selain menyebut bahawa pandemik influenza A itu telah merebak sehingga ke 170 buah negara.

Kematian terbesar dilaporkan di utara dan selatan Amerika dengan 1,579 kematian diikuti dengan rantau Asia Tenggara dengan 106 kematian manakala di Eropah mencatatkan 53 kematian. - AFP


H1N1 turut jejas sektor perfileman negara
20/08/2009 3:08am

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Industri perfileman tempatan akan terjejas teruk jika orang ramai tidak berani keluar ke tempat awam untuk menonton filem di pawagam kerana bimbang dengan penularan wabak influenza A(H1N1) di negara ketika ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studio, Norman Abdul Halim berkata, pengeluar filem tempatan kini bukan sahaja berdepan dengan tugas lebih mencabar di saat ekonomi global yang tidak menentu, tetapi juga dengan ancaman influenza A(H1N1).

“Sebenarnya industri filem kini ada cabarannya, masalah influenza A(H1N1) yang melanda seluruh negara memberikan kegusaran kepada rakyat Malaysia.

“Saya berharap bukan untuk filem semata-mata tetapi untuk masyarakat Malaysia secara keseluruhannya agar ancaman H1N1 ini dapat segera dikurangkan atau dihapuskan,” katanya kepada Bernama selepas majlis Tayangan Amal Merdeka filem terbaru keluaran syarikatnya ’Jin Notti’ di sini, malam tadi. - Bernama

h1n1_utusan.jpg
BERJAGA-JAGA... Wartawan Kosmo!, Faten Saphilla Mohamed Isa diambil suhu badan oleh seorang pengawal keselamatan syarikat sebelum memasuki ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad hari ini sebagai langkah mengelak penularan wabak selesema babi atau Influenza A (H1N1). Sehingga kini, jumlah kematian akibat wabak tersebut di seluruh dunia telah mencapai 1,800 orang. - UTUSAN/MOHD. HATIM MAZLAN
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Wanita hamil korban ke-68 H1N1

Postby sawi » Thu Aug 20, 2009 2:37 pm

Wanita hamil korban ke-68 H1N1
Ogos 20, 09 1:38pm

Seorang wanita hamil lebih 8 bulan menjadi korban ke-68 wabak selesema A (H1N1) di negara ini, sementara jumlah kes terbaru pula meningkat tinggi sehingga 569 kes dalam tempoh 24 jam.


Harga topeng H1N1 kini dikawal
Ogos 19, 09 8:00pm

Topeng penutup hidung dan mulut diisytiharkan sebagai barangan kawalan sementara berkuatkuasa serta merta dengan harga berkisar antara tujuh sen hingga RM6 seunit berdasarkan kualiti.

"Dalam keadaan sekarang, ramai orang perlukan topeng ini dan pihak berkuasa akan memantau perkara ini. Paling penting sekali ialah kerjasama orang ramai untuk melaporkan kepada pihak kementerian sekiranya ada kedai yang menjual lebih daripada harga yang ditetapkan," kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada sidang media di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kementerian boleh mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga 1946 di mana mereka yang didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM15,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

Bagi syarikat yang ingkar pula boleh didenda tidak lebih daripada RM25,000, katanya.

Orang ramai boleh menelefon nombor bebas tol di talian 1 800 886 800 atau datang ke pejabat kementerian terdekat untuk membuat aduan sekiranya ada kedai yang menjual pada harga yang tinggi, katanya.

"Harga maksimum borong bagi satu kotak (100 keping) selapis bergelung ialah RM5 sekotak dan harga maksimum runcit ialah RM7 sekotak. Bagi dua lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM8 sekotak (100 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM 10 sekotak iaitu 20 sen seunit.

"Untuk tiga lapis bergelung, harga maksimum borong ialah RM25 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcit ialah 80 sen seunit. Bagi tiga lapis bertali, harga maksimum borong ialah RM 30 sekotak (50 keping) dan harga maksimum runcitnya pula ialah 80 sen seunit.

"Akhir sekali bagi jenis N95, harga maksimum borong ialah RM100 sekotak (20 keping) dan harga maksimum runcit ialah RM6 seunit," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengingatkan pengguna bahawa Kementerian Kesihatan menasihatkan supaya tidak menggunakan topeng selapis dan dua lapis kerana ia tidak berkesan untuk mencegah penularan influenza A H1N1.

Apabila ditanya sama ada harga topeng yang ditetapkan itu adil, Ismail Sabri berkata para peniaga masih mampu mengaut keuntungan kerana keperluan bagi ramai orang adalah lebih penting daripada bilangan yang sedikit.

"Saya percaya (ia) adil kepada orang yang ditimpa kesusahan. Pada peniaga pun kita sudah ambil kira dari segi keuntungan yang mereka perolehi. Bukan tiada harga untung langsung. Kita pentingkan rakyat, rakyat didahulukan," katanya.

Mengenai kebanyakan farmasi yang tidak mempunyai bekalan topeng yang mencukupi, Ismail berkata ketika ini kerajaan di dalam proses untuk mengimport lebih banyak bekalan bagi memenuhi kehendak pasaran.

"Memang kami tahu bekalan tak cukup tapi kami sedang import. Selain itu, ini juga di bawah bidang kuasa Kementerian Kesihatan untuk mengimport topeng ini kerana kementerian kami tiada pakar untuk mengetahui kriterianya. Topeng ini merupakan barangan kesihatan," katanya. BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Ubat H1N1 maksimum RM80

Postby sawi » Thu Aug 20, 2009 11:10 pm

Ubat H1N1 maksimum RM80
Ogos 20, 09 6:34pm

Orang ramai boleh mendapatkan ubat antivirus bagi merawat influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen klinik
cegah dan rawat wabak tersebut.

style="overflow: hidden; max-height: none;"312d27de87930fcbc6512c7b8edbf6fc.jpg
312d27de87930fcbc6512c7b8edbf6fc.jpg (7.72 KiB) Viewed 831 times
Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.

Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang
menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antivirus FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.

"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antivirus ini
lebih tinggi daripada RM80.

"Saya rasa dengan jelas orang ramai boleh mendapat antivirus ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu harganya meningkat sehingga RM180.

"Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pembekal ubatan farmasi, kita dapat mengurangkan harga ini.

"Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes penyakit seakan-akan influenza (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.

style="overflow: hidden; max-height: none;"3fce954911c70a303824c04d0c966d68.jpg
3fce954911c70a303824c04d0c966d68.jpg (14.82 KiB) Viewed 831 times
Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.

"Sebelum ini, ramai pesakit yang pergi ke klinik dan hospital swasta diminta merujuk kepada hospital kerajaan.

"Saya harap ini tidak berlaku lagi. Sudah tiba masanya semua klinik dan hospital swasta memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak H1N1," katanya.

Alriz, sebuah syarikat bumiputera, dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.

Sebuah laman web pelbagai bahasa http://www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.

Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.

Terdahulu, di Hospital Ampang, Liow menggesa syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa influenza A (H1N1) yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu.

"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya. BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1 kini cecah 5,876 kes / Jangan bawa budak melawat hospit

Postby sawi » Sat Aug 22, 2009 2:30 am

H1N1 kini cecah 5,876 kes
Ogos 21, 09 4:14pm

Tiada kematian baru akibat jangkitan influenza A (H1N1) dilaporkan setakat ini hari ini, yang menyaksikan 380 kes baru dicatatkan menjadikan jumlah keseluruhan kes di negara ini sebanyak 5,876.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata 1,556 pesakit masih berada di wad di 98 hospital di seluruh negara, dengan sejumlah 220 disahkan positif virus A (H1N1).

Beliau menasihatkan orang ramai menggunakan bahan pencuci tangan bagi membersihkan tangan dan menutup mulut dan hidung dengan penutup semasa berada di kawasan sesak bagi mengelakkan penularan virus berkenaan.

"Meskipun terdapat hanya 0.1 hingga 0.4 peratus kematian, kita mesti menjaga kebersihan diri bagi mengelakkan sebarang jangkitan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen pencegahan A (H1N1) di klinik Bukit Indera Muda di Permatang Pasir di Bukit Mertajam.

Liow, yang juga naib presiden MCA, bagaimanapun menasihatkan pengundi di Permatang Pasir tidak bimbang apabila keluar mengundi pada pilihan raya kecil kerusi itu pada 25 Ogos.

"Kami telah mengambil langkah drastik bagi mencegah penularan virus itu dan orang ramai tidak perlu begitu khuatir," kata beliau.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mendidik semua petugas pilihan raya mengambil tindakan berjaga-jaga semasa pengundian Selasa ini.

"Kami juga akan mengedarkan penutup mulut dan hidung serta bahan pencuci tangan di semua pusat pengundian," kata Liow.



H1N1: Jangan bawa budak melawat hospital
Ogos 21, 09 12:51pm

Sebuah hospital awam baru-baru ini mengedarkan beratus-ratus risalah mengingatkan orang ramai supaya jangan membawa anak kecil mereka semasa melawat saudara-mara atau rakan yang sakit di hospital.

Ini berikutan perkembangan terkini terhadap penularan wabak H1N1 di negara ini.

Walaupun tanpa kehadiran wabak H1N1, memang telah sedia ada peraturan yang tidak membenarkan pelawat membawa bersama mereka kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah bila berkunjung ke wad-wad di hospital, kata seorang pegawai
kejururawatan kanan di hospital itu.

"Ibu bapa macam tak kisah bila kita mengingatkan mereka supaya jangan membawa anak kecil bila nak masuk melawat di wad. Saya selalu mengingatkan ibu-ibu yang bayi dan anak mereka adalah terlalu kecil untuk melawat hospital," kata beliau.

Pegawai itu berkata ada ibu bapa yang menuruti nasihat tetapi ada
juga yang menganggap remeh peringatan yang diberi jururawat dan juga pengawal keselamatan.

Ada juga yang menjawab secara sinis " kami tahulah...' dan terus menuju ke wad bersama anak-anak kecil mereka.

"Memang tidak selamat bagi anak kecil melawat hospital. Tidak selamat bagi mereka dan juga tidak selamat bagi pesakit," tambah beliau.

Anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit kronik senang dijangkiti penyakit.

"Bila kia bercakap tentang penyakit kronik, ini meliputi pesakit yang ada kencing manis, kegagalan buah pinggang, asthma dan pelbagai masalah pernafasan serta juga beberapa masalah yang lain," kata seorang pakar penyakit respiratori Dr K Regesh.

Kata beliau, bagi pesakit seperti ini dan juga anak-anak kecil, sistem
ketahanan badan mereka rendah dan tidak sekuat orang dewasa yang sihat dan mereka ini lebih senang dijangkiti penyakit, bukan saja H1N1, tetapi juga penyakit berjangkit yang lain.

"Di hospital terdapat kuman-kuman yang lebih bahaya jika dibandingkan dengan tempat lain. Oleh itu harap jangan membawa anak kecil anda masuk wad walaupun hanya untuk bertanya kabar kepada pesakit.

"Kalau anda terpaksa juga melawat hospital bersama anak anda, bawalah bersama orang lain atau pembantu rumah yang boleh menunggu bersama anak kecil anda di bilik menunggu," katanya.

Bagi ibu bapa yang baru pulang dari hospital atau tempat kerja, Dr Regesh memberikan nasihat ini:

"Bila pulang daripada melawat keluarga atau kawan yang sakit di hospital, mandilah dulu dan tukar kepada pakaian yang bersih sebelum mendekati anak anda.

"Begitu juga bagi mereka yang baru balik dari kerja, bersihkan badan dulu dan tukar kepada pakaian lain sebelum menyentuh anak anda".

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri menyeru orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan sendiri untuk mencegah wabak H1N1 daripada menular.

Antara langkah-langkah ini ialah memakai topeng surgikal apabila demam atau batuk dan juga bersin serta membasuh tangan dengan lebih kerap menggunakan sabun dan air.

Kalau anda demam dan sakit tekak, pergilah ke hospital berdekatan dan jangan keluar rumah atau menghampiri anggota keluarga anda.

Anda juga dinasihati tidak mengunjungi tempat awam atau lokasi yang ramai orang. BERNAMA

Image
Image
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1: Pasukan khas ditubuh / Usaha PPPM tingkatkan kesedaran

Postby sawi » Sun Aug 23, 2009 5:53 pm

H1N1: Pasukan khas ditubuh
Oleh TARMIZI ABDUL RAHIM
pengarang@utusan.com.my


KUALA LUMPUR 22 Ogos – Satu pasukan khas ditubuhkan bagi menyiasat semula jumlah kematian yang tinggi pesakit selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini sehingga mencetuskan suasana panik di kalangan masyarakat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kumpulan itu akan menjalankan analisis kenapa kematian itu berlaku dan faktor yang menyumbang kematian, sama ada berlaku kelemahan bagi pihak kerajaan atau sebaliknya.

Menurut beliau, berdasarkan kes-kes kematian yang lalu, 80 peratus daripada mangsa dikenal pasti mempunyai penyakit selain H1N1 iaitu penyakit jantung, kencing manis dan radang paru-paru.

“Ini tidak bermakna prosedur menangani H1N1 kita selama ini silap, tidak mungkin kerana sebaik sahaja kementerian dengar ada H1N1, kita sudah membuka bilik operasi dan cuma kaedah ini mungkin berbeza dengan negara lain.

“Saya yakin apa yang kita buat adalah lebih lagi daripada apa yang diminta oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Kita memang terlalu jujur dalam memaklumkan punca kematian akibat H1N1 ini. Ini kerana kita mahu tekankan satu mesej supaya rakyat tidak mengambil ringan penyakit ini,” katanya dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia.

Menurut Mohd. Ismail, pada masa ini WHO telah berada di negara ini untuk melihat situasi sebenar yang berlaku sama ada prosedur diamalkan sama seperti dipraktikkan oleh negara lain.

Katanya, berbanding negara lain, mereka akan membuat kajian secara mendalam sehingga mengambil masa panjang dalam setiap kes suspek H1N1, sebelum disahkan kesahihan puncanya yang sebenar.

“Tetapi kita di sini apabila ada simptom H1N1, kita akan terus putuskan puncanya adalah H1N1. Jadi, mungkin kita terlalu telus tetapi ia bukan satu kesalahan atau kesilapan.

“Tetapi peliklah, Malaysia mencatat kematian yang banyak tetapi negara-negara sekitar begitu kurang. Itulah sebabnya kita mahu tengok balik punca kematian yang dikatakan daripada H1N1 ini,” katanya.



Usaha PPPM tingkatkan kesedaran bahaya H1N1

KUANTAN 22 Ogos - Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) hari ini melancarkan kempen mengedarkan penutup hidung dan mulut percuma di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan selesema babi atau influenza A (H1N1).

Presidennya, Datuk Mohd. Firdaus Abdullah berkata, pelancaran kempen tersebut dibuat secara serentak di semua bandar utama di seluruh negara bermula pukul 11 pagi ini.

"Ini merupakan inisiatif PPPM untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penularan wabak H1N1 yang menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) akan berlaku ledakan.

"Kita nampak masih ada individu yang tidak peka dan mengambil mudah wabak tersebut dengan tidak memakai penutup hidung dan mulut sebagai langkah berjaga-jaga.

"Justeru adalah menjadi harapan kita melalui kempen ini, kita dapat meningkatkan kesedaran dan kepekaan orang ramai terhadap wabak H1N1," katanya kepada pemberita semasa menyertai kempen tersebut di Terminal Makmur di sini hari ini.

Mohd. Firdaus memberitahu, di Kuantan misalnya, PPPM mengedarkan kira-kira 1,000 keping penutup manakala di Kuching dan Kota Kinabalu pula masing-masing 2,000 dan 3,000 keping.

Menurutnya, masih ramai di kalangan masyarakat menganggap 'tidak ada apa-apa yang berlaku' menyebabkan mereka mengambil sikap sambil lewa terhadap bahaya wabak H1N1.

Katanya, PPPM akan memperluaskan kempen tersebut ke peringkat daerah bagi membantu kerajaan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap wabak tersebut.

Dalam pada itu, beliau meminta Kementerian Kesihatan memastikan bekalan penutup hidung dan mulut sentiasa cukup di pasaran berikutan pertambahan permintaan terhadap alat tersebut masa kini.

"Pihak kementerian diharap dapat memberi arahan kepada pengeluar supaya menyediakan bekalan penutup ini secukupnya dan jangan menunggu sehingga stok habis," katanya.

Sementara itu, beberapa individu yang ditemui menyambut baik usaha PPPM tersebut dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya H1N1.

Raja Nasarudin Raja Sahab, 65, berkata, dalam keadaan sekarang masyarakat perlu menitikberatkan aspek penjagaan kesihatan termasuk memakai penutup mulut dan hidung untuk mengurangkan jangkitan.

"Sudah menjadi sikap segelintir masyarakat kita, selagi penyakit itu tidak kena pada batang tubuhnya, dia akan ambil tidak peduli sahaja," katanya.

Bagi seorang penuntut, C. Jeveta, 23, pula, orang ramai perlu mengutamakan keselamatan dengan menyahut seruan kerajaan supaya memakai topeng sebagai pencegahan awal.

"Kena pakai untuk keselamatan," katanya yang berasal dari Johor Bahru.
Attachments
style="overflow: hidden; max-height: none;"dn_02.1.jpg
MOHD. Firdaus Abdullah (tengah) mengedarkan penutup hidung dan mulut percuma kepada orang ramai dalam usaha meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai jangkitan wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di Terminal Makmur, Kuantan, Pahang, semalam. - Mingguan / RUSHDI SALLLEH
dn_02.1.jpg (21.92 KiB) Viewed 826 times
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1 : Guru korban ke-69 / Kanak² 3 thn korban ke-70

Postby sawi » Tue Aug 25, 2009 3:21 pm

Guru disah korban ke-69
Oleh Hayati Ibrahim
ya_t@hmetro.com.my


PUTRAJAYA: Seorang guru wanita berusia 38 tahun dari Subang Jaya, Selangor, menjadi mangsa ke-69 wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.

Walaupun wanita berkenaan meninggal dunia pada 19 Ogos lalu, Kementerian Kesihatan hanya mengesahkan kematiannya semalam kerana kementerian perlu membuat pengesahan sama ada kematian mangsa disebabkan ‘primary causes’ atau ‘distributing causes’.

Ini berikutan wanita berkenaan lambat menerima rawatan antiviral walaupun ujian ‘rapid test’ mengesahkan dia positif Influenza A ketika mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta pada 13 Ogos selepas mengalami gejala demam dan batuk selama dua hari.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata lima hari kemudian mangsa mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana mengalami kesukaran bernafas dan ‘cyanosis’ secara tiba-tiba sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Ogos.

“Sapuan tekak diambil pada hari sama dan rawatan Tamiflu dimulakan. Bagaimanapun, mangsa meninggal dunia keesokan harinya akibat ‘pneumonia with ARDS’.

“Keputusan sapuan tekak mengesahkan mangsa positif H1N1 pada 20 Ogos lalu,” katanya pada sidang media selepas mengadakan taklimat bersama Ketua Pengarang Berita dan Ketua Editor media cetak serta elektronik mengenai H1N1 di kementeriannya di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican; Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), Datuk Dr Ramlee Rahmat dan Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Datuk Dr Hassan Abdul Rahman.

Liow berkata, sekiranya wanita itu diberi rawatan segera selepas disahkan positif H1N1, mungkin mangsa tidak mengalami komplikasi dan dapat diselamatkan.

Berikutan itu, beliau berkata semua doktor di hospital dan klinik swasta diminta mematuhi garis panduan yang dikeluarkan kementerian bagi memastikan kejadian sama tidak berulang pada masa depan.

“Doktor di klinik dan hospital swasta perlu memberi rawatan segera kepada tiga kumpulan iaitu mereka yang mempunyai ‘influenza-like illness’ dan tergolong dalam kumpulan berisiko tinggi, mereka yang mengalami demam panas antara 39 hingga 40 darjah Celsius melebihi dua hari dan mereka positif Influeza A ketika menjalani ‘rapid test’.

“Golongan ini mesti diberikan rawatan antiviral dengan segera bagi mengelakkan sebarang komplikasi kepada pesakit. Kita harap semua doktor jelas dan mengikuti garis panduan yang diberikan, paling penting jangan keliru dengan panduan yang diberikan dan jika masih kurang jelas mereka boleh merujuk kepada kementerian atau laman web,” katanya.

Sehubungan itu, kementerian akan mengadakan perjumpaan dengan klinik dan hospital swasta untuk berbincang pendekatan terbaik yang perlu diambil oleh kedua-dua pihak bagi menangani masalah seumpama ini berikutan kementerian juga turut menerima pelbagai aduan daripada orang ramai.

“Kami akan mengadakan perjumpaan minggu ini juga dan tarikh akan ditetapkan kemudian. Sebelum ini, kementerian sudah memberi taklimat kepada klinik kesihatan dan hospital kerajaan, kini kita akan mengadakan taklimat dengan mereka bagi membolehkan kedua-dua pihak berdialog dan bertukar pandangan.

“Ia selaras dengan usaha memastikan penularan wabak ini dapat ditangani dengan lebih baik dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk pengamal perubatan,” katanya.



H1N1: Kanak-kanak 3 tahun korban ke-70
Oleh Wan Hazmir Bakar

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak berusia tiga tahun menjadi korban ke-70 wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.

Kematian kanak-kanak itu didaftarkan hari ini setelah disahkan oleh Jawatankuasa Semakan Kematian (Mortality Review Committee).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sejumlah 52 pesakit baru dengan gejala influenza-like illness (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

Katanya, pada masa sama sejumlah 162 pesakit ILI telah dibenar keluar wad menjadikan baki seramai 1,345 pesakit ILI sedang menerima rawatan di 82 hospital di seluruh negara.

"Untuk makluman daripada jumlah pesakit yang sedang dirawat, hanya 202 pesakit (15%) yang disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata, daripada 202 kes yang disahkan H1N1, 42 kes berada di ICU di mana lima kes adalah kemasukan baru dan terdapat dua kematian sementara 2 lagi kes dipindah keluar dari ICU.

"Daripada 42 kes yang sedang dirawat di ICU, 38 kes (95%) mempunyai faktor risiko iaitu penyakit kronik (15), obesiti (9), diabetes (6), kanak-kanak/bayi (3), hamil/postnatal (3) dan Sindrom Down (2)," katanya.

Beliau berkata, di peringkat global, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan jumlah kes sehingga hari ini meningkat kepada 239,397 dengan 2,578 kematian.

Katanya, ini menunjukkan penularan pandemik H1N1 di dunia masih lagi aktif dengan jumlah negara sebanyak 182.

"Pihak WHO dalam laporannya juga mengingatkan bahawa angka-angka yang ditunjukkan tidak menunjukkan gambaran situasi sebenar memandangkan WHO kini tidak lagi mewajibkan pelaporan kes," katany
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Selesema Babi H1N1 di MALAYSIA - 70 kematian, 2,253 kes

Postby sawi » Wed Aug 26, 2009 6:05 pm

Wanita obesiti korban terbaru H1N1
26/08/2009 4:51pm

KUALA LUMPUR 26 Ogos - Seorang wanita berusia 24 tahun yang obesiti dilaporkan menjadi korban terbaru wabak selesema babi atau infleunza A (H1N1) di negara ini, menjadikan angka kematian akibat penyakit itu meningkat kepada 71 orang sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa mula mengalami demam, batuk dan sakit kepala pada 8 Ogos lalu tetapi hanya dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang dua hari kemudian untuk mendapatkan rawatan sebagai viral pneumonitis. - Utusan
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1: Kementerian bimbang bilangan pesakit dimasukkan ICU

Postby sawi » Tue Sep 01, 2009 2:22 pm

H1N1: Kementerian bimbang bilangan pesakit dimasukkan ICU
01/09/2009 1:52pm

KLANG 1 Sept. - Walaupun tiada perkembangan baru dicatatkan berkaitan dengan penularan Influenza A (H1N1), Kementerian Kesihatan hari ini menyatakan kebimbangan terhadap bilangan pesakit yang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kebimbangan itu tercetus berikutan 46 pesakit yang ditempatkan di ICU akibat virus berkenaan adalah terdiri daripada golongan berisiko tinggi.

Katanya, golongan berkenaan adalah terdiri daripada ibu mengandung, kanak-kanak termasuklah orang tua yang mempunyai penyakit-penyakit lain. - Utusan
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Wanita mangsa ke-73 H1N1

Postby sawi » Thu Sep 03, 2009 6:49 pm

Wanita mangsa ke-73 H1N1
03/09/2009 5:35pm

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seorang wanita berumur 25 tanpa penyakit dari Betong, Sarawak menjadi korban terbaru virus selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini menjadikan jumlah kematian setakat ini 73 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Ismail Merican berkata, wanita itu telah dimasukkan ke Hospital Betong pada 30 Ogos lalu kerana demam, batuk dan sakit tekak selama lima hari.

“Beliau ada mendapatkan tiga rawatan pesakit luar di hospital yang sama bagi simptom yang sama sebelumnya.

“Kes dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan memulakan rawatan antiviral pada 31 Ogos lalu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Ismail berkata, wanita itu bagaimanapun meninggal dunia kelmarin selepas mengalami jangkitan radang paru-paru teruk dengan jangkitan virus H1N1.

“Kes ini disahkan positif H1N1 melalui ujian makmal pada hari ini,” katanya.

- Utusan



Seorang lagi korban H1N1, total 73
Sep 3, 09 3:23pm

Seorang wanita dari Betong, Sarawak mati akibat jangkitan Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah korbannya meningkat kepada 73 orang.

Wanita berkenaan yang berusia 25 tahun, meninggal dunia pada Selasa lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Ismail Merican berkata wanita tersebut dimasukkan ke Hospital Betong pada 30 Ogos 2009 kerana demam, batuk dan sakit tekak selama lima hari.

Wanita itu mendapatkan tiga kali rawatan pesakit luar di hospital yang sama bagi simptom yang sama sebelumnya.

Pada 31 Ogos lalu, wanita itu dirujuk ke Hospital Sibu untuk rawatan lanjut dan rawatan antiviral dimulakan. Bagaimanapun, dia meninggal dunia Selasa lalu kerana radang paru-paru yang serius dengan jangkitan H1N1, yang disahkan melalui ujian makmal hari ini.

Manakala 266 lagi kes penyakit seakan influenza A (ILI) sedang dirawat, termasuk 41 orang ditempat di Unit Rawatan Rapi (ICU). Manakala manakala 293 kes lagi telah dibenarkan pulang.

Seramai 1,211 pesakit ILI masih dirawat di 110 hospital, termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit (18.9%) yang telah disahkan positif H1N1.

Daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes berada di ICU di mana lima kes merupakan kemasukan baru, manakala tiga lagi kes telah keluar dari ICU.

Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, 31 (75.6%) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah seperti berikut: penyakit kronik (7), obesiti (10), kanak-kanak/bayi (8), post-natal/hamil (2), penyakit jantung (1) dan asma (3).

Ismail berkata, kementerian mendapati ramai mereka yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak, masih berkunjung ke tempat-tempat yang terdapat ramai orang - sama ada untuk membeli belah, hiburan dan keramaian.

“Mereka ini sepatutnya berehat di rumah dan sekiranya terpaksa juga keluar, hendaklah memakai topeng muka bagi mencegah penularan jangkitan virus influenza ini.

“Kementerian Kesihatan juga mendapati masih ramai lagi orang awam yang tidak faham cara virus ini merebak. Virus influenza A(H1N1) merebak atau berjangkit daripada manusia kepada manusia melalui titisan cecair (yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin).

“Sekiranya kita memahami cara virus ini merebak, maka lebih mudah untuk kita mengambil langkah-langkah pencegahan. Justeru, apabila kita mengetahui seseorang individu itu mengalami simptom influenza-like illness ILI, perlulah kita menjauhinya untuk mengelak dari mendapat jangkitan,” katanya.

Manakala individu yang mempunyai simptom, katanya, juga mesti mengamalkan menjarakkan kedudukan sekurang-kurangnya satu meter dengan individu lain apabila berurusan dengan orang lain. Ini termasuklah mereka yang menjalani pengasingan di rumah.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

4 calon UPSR ambil peperiksaan di hospital

Postby sawi » Tue Sep 08, 2009 1:04 pm

4 calon UPSR ambil peperiksaan di hospital
08/09/2009 9:43am

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hanya empat calon mengambil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di hospital kerana menghidapi wabak selesema babi atau influenza A (H1N1).

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, untuk sepanjang tempoh peperiksaan ini, pihak kementerian telah mengambil langkah yang secukupnya dan sehubungan itu meminta para ibu bapa tidak terlalu bimbang.

Muhyiddin berkata demikian ketika mengadakan tinjauan terhadap murid-murid yang mengambil UPSR di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di sini hari ini.-Utusan



Dua calon UPSR dijangkiti H1N1
Sep 7, 09 5:36pm
Dua calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) masing-masing dari Johor dan Pulau Pinang, yang mempunyai gejala jangkitan influenza A (H1N1), bakal menduduki peperiksaan itu di hospital di negeri berkenaan, serentak dengan 517,906 calon lain di seluruh negara.

Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata beberapa petugas peperiksaan akan ditempatkan di hospital yang menempatkan murid berkenaan ketika mereka menduduki peperiksaan itu.

Beliau berkata persediaan untuk dua calon itu adalah antara langkah diambil Kementerian Pelajaran bagi mengawal penularan influenza A (H1N1) di kalangan calon yang menduduki UPSR tahun ini di 8,289 pusat peperiksaan seluruh negara.

Selain itu, Kementerian Pelajaran memperuntukkan kira-kira RM5 juta untuk menyediakan kelengkapan seperti topeng mulut dan hidung, cecair pembasmi kuman tangan dan alat jangka suhu untuk calon UPSR sebelum mereka menduduki peperiksaan itu, katanya kepada Bernama di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata bilik pengasingan juga disediakan di setiap pusat peperiksaan dan calon yang dikenal pasti mempunyai suhu badan melebihi 37.5 darjah Celcius ketika saringan, perlu menduduki peperiksaan di bilik berkenaan.

"Bilik pengasingan itu jauh dari dewan utama peperiksaan dan mereka akan diawasi oleh beberapa petugas," katanya.

Alimuddin berkata seramai 32,944 petugas peperiksaan ditempatkan di pusat peperiksaan tahun ini.

Seramai 517,908 orang calon mendaftar untuk menduduki peperiksaan UPSR mulai esok hingga Khamis ini di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 510,125 atau 98.5 peratus adalah calon sekolah di bawah kementerian dan sekolah bantuan kerajaan manakala bakinya 7,783 atau 1.5 peratus ialah calon sekolah swasta. BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Tidak perlu wajibkan topeng di sekolah

Postby sawi » Tue Sep 08, 2009 1:09 pm

Tidak perlu wajibkan topeng di sekolah
Sep 8, 09 12:16pm
Kerajaan berpendapat tidak perlu untuk mewajibkan setiap pelajar sekolah memakai topeng hidung dan mulut dan menjalani ujian pengambilan suhu setiap hari dalam usaha mencegah jangkitan wabak influenza A(H1N1), kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga menteri pelajaran berkata kerajaan telah mengeluarkan garis panduan mengenai wabak itu, maka terpulang kepada budi bicara ibu bapa serta sekolah kerana mereka lebih tahu apa yang perlu dilakukan.

Katanya, soal pokok adalah menjaga kebersihan diri setiap masa serta memastikan pemakaian topeng tersebut terutama dalam keadaan perlu seperti apabila batuk atau selesema agar tidak menjangkiti pada orang lain.

"Kalau kita rasa kita dalam keadaan selamat sebegini, itu terserah pada kita (sama ada nak pakai atau tidak). Soal mewajibkan saya fikir tak perlu" katanya kepada pemberita ketika ditanya mengapa Kementerian Pelajaran tidak mewajibkan pelajar sekolah memakai topeng mulut dan hidung dan mewajibkan menjalani ujian pengambilan suhu setiap hari sebagai langkah menangani wabak itu yang setakat ini mengorbankan 73 orang di negara ini.

Terdahulu, Muhyiddin meluangkan masa lebih 10 minit melawat pelajar yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin berkata jika ibu bapa berfikir anak-anak mereka perlu dibekalkan dengan topeng, mereka boleh berbuat demikian.

Menurutnya masyarakat dan ibu bapa sendiri kini lebih sedar mengenai wabak itu berikutan maklumat meluas yang disebarkan oleh kerajaan di dalam mahupun di luar sekolah sejak beberapa bulan ini melalui pelbagai saluran.

"Saya juga fikir sekolah-sekolah, pengetua dan guru-guru pun tahu dan faham. Sekarang ini (keadaan) lebih terkawal," katanya.

Mengenai peperiksaan UPSR yang dijalankan dalam keadaan negara menghadapi wabak influenza A(H1N1) ini, Muhyiddin berkata kementerian telah mengambil segala langkah yang perlu dalam usaha memastikan tiada pelajar dijangkiti wabak itu.

Katanya setiap pelajar telah dibekalkan dengan tiga topeng hidung dan mulut bagi menghadapi peperiksaan tiga hari itu dan pencuci tangan yang mencukupi juga dibekalkan kepada pegawai dan pengawas peperiksaan itu di seluruh negara.

Menurut Muhyiddin, kementerian juga telah membuka bilik gerakan 24 jam peperiksaan UPSR di pejabat Lembaga Peperiksaan Malaysia mulai 1 hingga 11 September, manakala bilik gerakan peringkat negeri di Jabatan Pelajaran Negeri dibuka serentak dengan di peringkat pusat.

Menurutnya hanya empat calon UPSR yang terlibat dengan wabak ini, masing-masing di Pahang, Sarawak, Johor dan Negeri Sembilan dan mereka menduduki peperiksaan seperti calon lain tetapi di hospital di bawah pengawasan doktor dan pengawas peperiksaan.

Seramai 518,096 calon menduduki peperiksaan UPSR tahun ini di seluruh negara di 8,236 pusat peperiksaan. Jumlah pegawai dan pengawas peperiksaan pula 32,924 orang.

Mengenai nasihat kepada ibu bapa agar tidak mengenakan tekanan kepada anak-anak mereka untuk mencapai keputusan cemerlang dalam UPSR, Muhyiddin berkata kebiasaannya ibu bapa memberikan tumpuan lebih agar anak-anak mereka dapat menguasai dengan baik dalam semua matapelajaran yang diduduki.

"Saya percaya ibu bapa faham dan tahu bagaimana nak pastikan mereka (anak-anak) tidak terganggu... dengan cara memberi nasihat, membaca doa dan selawat supaya tenang fikiran," katanya.

Muhyiddin berkata walaupun UPSR merupakan peperiksaan pusat yang pertama diduduki tetapi pelajar-pelajar itu mempunyai pengalaman menduduki pelbagai peperiksaan lain yang diadakan pihak sekolah.

"Saya yakin mereka akan dapat menghadapinya dalam suasana tenang. Mudah-mudahan mencapai keputusan yang cemerlang," katanya. BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1: Tiada kematian, hanya 126 kes baru / 99% kes sembuh

Postby sawi » Wed Sep 09, 2009 12:01 am

H1N1: Tiada kematian, hanya 126 kes baru
08/09/2009 7:09pm

KUALA LUMPUR 8 Sept — Malaysia mencatatkan hari kelima berturut-turut tanpa kematian baru akibat jangkitan Influenza A(H1N1), dan menjadikan angka kematian akibat wabak itu kekal kepada 73 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata selain itu ibu bapa murid yang menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dinasihatkan memantau tahap kesihatan anak mereka yang menduduki peperiksaan itu bermula hari ini.

“Sekiranya anak-anak mengalami gejala influenza like illness (ILI), mereka perlu dibawa ke klinik atau hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan dan memaklumkan kepada pihak sekolah tentang keadaan anak anda supaya tindakan seterusnya dapat diambil,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata hari ini sejumlah 126 pesakit baru dengan gejala

“influenza-like illness” (ILI) telah dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, 372 pesakit yang disahkan positif H1N1, seramai 40 daripada mereka masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu 25 orang mempunyai faktor risiko dengan 10 penyakit kronik, sembilan morbid obesiti, lima kanak-kanak di bawah umur lima tahun dan satu kes berpenyakit respiratori, katanya.



Lebih 99 peratus kes positif H1N1 sembuh
08/09/2009 8:57pm

PETALING JAYA 8 Sept. — Di sebalik kebimbangan orang ramai terhadap bahaya pandemik influenza A(H1N1), kira-kira 99.2 peratus daripada 9,257 kes yang disahkan positif H1N1 di negara ini berjaya sembuh dengan kes kematian yang direkodkan semakin menurun.

Pengarah Kawalan Penyakit Datuk Dr Hassan Abdul Rahman berkata perkara itu menggambarkan bahawa mangsa jangkitan boleh sembuh jika mendapatkan rawatan awal.

“Majoriti pesakit yang disahkan positif H1N1 di negara ini telah sembuh setelah mendapatkan rawatan. Oleh sebab itulah jangan ambil mudah terhadap gejala H1N1 biarpun hanya batuk sikit-sikit,” katanya kepada pemberita selepas taklimat media mengenai influenza A(H1N1) di sini hari ini.

Katanya bilangan orang ramai yang berkunjung ke hospital kerajaan untuk mendapatkan pengesahan H1N1 juga kini semakin berkurangan berbanding sebelum ini.

Sehingga hari ini, angka kematian kekal 73 dengan tiada kematian baru hari kelima berturut-turut.

- BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Satu lagi kematian H1N1, total 74

Postby sawi » Fri Sep 11, 2009 6:29 pm

Satu lagi kematian H1N1, total 74
Sep 11, 09 5:02pm

Setelah tujuh hari tiada kematian direkodkan akibat jangkitan influenza A (H1N1), hari ini satu kematian baru didaftarkan menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 74.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa merupakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur 19 tahun dari Gerik, Perak.

"Beliau telah dimasukkan ke Hospital Gerik pada 19 Ogos kerana demam, batuk, sakit tekak dan muntah selama empat hari.

"Pada 20 Ogos, kes dirujuk ke Hospital Ipoh untuk rawatan pakar dan rawatan antivirus telah dimulakan.

"Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 23 Ogos kerana komplikasi paru-paru atas sebab 'acute pulmonary oedema with underlying influenza A H1N1 infection' dan kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 28 Ogos," katanya dalam kenyataan di sini.

Sementara itu, sejumlah 198 pesakit baru dengan gejala seakan-akan influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital sehingga hari ini untuk rawatan manakala sebanyak 190 kes telah didiscaj.

"Ini menjadikan baki seramai 1,104 ILI sedang dirawat di 101 buah hospital termasuk lapan hospital swasta di seluruh negara. Daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 261 pesakit (23.6 peratus) telah disahkan positif H1N1," katanya.

Beliau berkata daripada 261 kes yang telah disahkan H1N1, sebanyak 41 kes berada di unit rawatan rapi (ICU) di mana lapan kes merupakan kemasukan baru manakala enam lagi kes telah keluar dari ICU.

"Daripada 41 kes yang sedang dirawat di ICU, sebanyak 32 (78 peratus) mempunyai faktor risiko. Pecahan kes mengikut faktor risiko adalah penyakit kronik (13), penyakit respiratori kronik (satu), obesiti (sembilan), kanak-kanak bawah lima tahun (lapan) dan hamil (satu)," katanya.

Dr Mohd Ismail juga berkata sehingga kini belum lagi ada vaksin di pasaran untuk melindungi seseorang daripada influenza A (H1N1) kerana vaksin itu masih di peringkat ujian klinikal dan Malaysia akan mendapatkan bekalan pertama vaksin sebaik sahaja ia dipasarkan.

Beliau berkata kini sesiapa yang ingin mengerjakan haji dan umrah diwajibkan mengambil vaksin selesema dan radang otak bermusim (seasonal flu and meningitis).

Berkaitan antivirus pula, Dr Mohd Ismail berkata golongan yang berisiko tinggi boleh memperolehinya di mana-mana klinik atau hospital dan mereka digalakkan untuk mengunjungi Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1) yang boleh menawarkan antivirus pada harga berpatutan. BERNAMA



H1N1: Satu kematian dicatatkan hari ini
11/09/2009 5:00pm

KUALA LUMPUR 11 Sept. — Setelah tujuh hari tiada kematian direkodkan akibat jangkitan selesema babi atau Influenza A (H1N1), hari ini satu kematian baru didaftarkan menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 74.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, mangsa merupakan seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) berumur 19 tahun dari Gerik, Perak.

“Beliau telah dimasukkan ke Hospital Gerik pada 19 Ogos kerana demam, batuk, sakit tekak dan muntah selama empat hari. Pada 20 Ogos, kes dirujuk ke Hospital Ipoh untuk rawatan pakar dan rawatan antiviral telah dimulakan.

“Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 23 Ogos kerana komplikasi paru-paru atas sebab ’Acute Pulmonary Oedema with underlying Influenza A H1N1 infection’ dan kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 28 Ogos,” katanya dalam kenyataan di sini.

- BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1 : Dua lagi maut ; 1 Sabah & 1 Pahang

Postby sawi » Wed Sep 16, 2009 6:04 pm

Dua lagi maut angkara H1N1
Sep 16, 09 5:19pm

Dua kematian baru didaftarkan hari ini akibat influenza A(H1N1), menjadikan jumlah kematian sehingga kini sebanyak 76 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata mangsa merupakan seorang wanita berumur 45 tahun dari Sabah yang juga menghidap darah tinggi dan seorang remaja perempuan berumur 19 tahun dari Bentong, Pahang.

Beliau berkata wanita itu dimasukkan ke Hospital Tambunan pada 17 Ogos kerana demam, batuk dan selesema selama tiga hari dan pada hari yang sama, kesnya dirujuk ke Hospital Keningau untuk rawatan rapi di unit penjagaan rapi (ICU) dan rawatan antivirus telah dimulakan.

"Bagaimanapun, beliau meninggal dunia pada 26 Ogos iaitu 10 hari selepas dimasukkan ke ICU kerana komplikasi pneumonia dan kematian direkodkan sebagai 'severe bronchopneumonia with Acute Respiratory Distress Syndrome' dan kes disahkan H1N1 melalui ujian makmal pada 19 Ogos," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur.

Beliau berkata mangsa kedua pula dimasukkan ke Hospital Bentong pada 30 Ogos kerana batuk selama lima hari serta demam sehari, dan rawatan antiviral juga telah dimulakan pada hari yang sama.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Waspada gelombang kedua H1N1

Postby sawi » Sat Sep 26, 2009 11:02 am

Waspada gelombang kedua H1N1
Sep 25, 09 3:34pm

Kerajaan akan memastikan persiapan dan rawatan influenza A (H1N1) ditingkatkan bagi menghadapi gelombang kedua virus itu, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

"Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tekankan kemungkinan gelombang kedua akan datang dan WHO menyeru agar semua negara buat persiapan hadapi gelombang kedua H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Klinik Bergerak Skuad Bantuan Krisis MCA (CRSM) dan kempen kesedaran kesihatan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata perkara itu dimaklumkan ketika beliau menghadiri mesyuarat bersama menteri-menteri kesihatan dari lebih 40 negara di Hong Kong baru-baru ini yang membincangkan tentang isu semasa termasuk pandemik H1N1.

Sehubungan itu, kementerian akan memastikan semua hospital menyediakan cukup peralatan termasuk katil di unit rawatan rapi (ICU) dan memastikan agar rawatan diperkemaskan dan diberi dengan cepat.

"Kita juga perlu kesan pesakit H1N1 dengan cepat dan awal kerana kalau lambat, ia boleh membawa mudarat dan maut.

"Orang ramai jangan ambil remeh mengenai penyakit ini," katanya.

Hanya satu dos vaksin

Liow juga berpuas hati dengan tahap kesedaran orang awam di negara ini yang semakin meningkat kerana dengan sokongan media yang melaporkan setiap hari, orang ramai lebih faham mengenai wabak itu.

Beliau berkata Malaysia juga akan terus meningkatkan rawatan antivirus dan immunoglobin untuk meningkatkan ketahanan pesakit terhadap bakteria dan virus.

"Kita akan lihat pelbagai kaedah rawatan di negara lain juga. Di China dan Hong Kong, mereka menggunakan plasma atau serum daripada orang yang sembuh daripada H1N1 untuk merawat pesakit yang tenat di ICU dan Malaysia juga mempunyai kaedah rawatan tersendiri," katanya.
Alibaba.com - The largest database of products & suppliers from China


Beliau berkata WHO akan terus melihat sifat-sifat virus influenza A (H1N1) jika ada apa-apa pertukaran dan akan memaklumkan kepada negara lain dengan segera.

Mengenai vaksin, Liow berkata ia akan berada di pasaran hujung Oktober ini dan WHO juga telah mengatakan bahawa hanya satu dos vaksin diperlukan berbanding dua dos sebelum ini. BERNAMA

Image
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1: 500 kematian dalam masa seminggu

Postby sawi » Sat Nov 21, 2009 10:24 am

H1N1: 500 kematian dalam masa seminggu
21/11/2009 3:38am

GENEVA 21 Nov. - Data terbaru Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) hari ini merekodkan kira-kira 6,750 orang mati akibat jangkitan pendamik selesema babi dan minggu lalu sahaja hampir 500 orang maut.

Kedudukan data seminggu lalu menunjukkan hanya 6,250 orang mati akibat virus influenza A (H1N1), sejak virus itu mula menyerang pada April lalu.

Benua Amerika kekal rekod kematian tertinggi dengan 4,806 kematian diikuti wilayah Asia Pasifik dengan 1,323 kematian manakala di Eropah pula sekurang-kurangnya 350 kematian.

Sejak virus itu merebak, hanya Sri Lanka, Pakistan dan Slovenia dilaporkan masing-masing hanya mengalami satu kematian sahaja akibat selesema babi. - AFP
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Empat jemaah haji korban pertama H1N1

Postby sawi » Mon Nov 23, 2009 9:58 am

Empat jemaah haji korban pertama H1N1

MEKAH 22 Nov. - Jangkitan virus penyakit selesema babi telah membunuh empat orang jemaah haji menjelang kemuncak musim haji beberapa hari lagi, kata pihak berkuasa kesihatan Arab Saudi, semalam.

Seorang lelaki India dan Sudan, seorang wanita Maghribi yang kesemuanya berusia 75 tahun serta seorang remaja perempuan Nigeria berusia 17 tahun meninggal dunia akibat virus influenza A (H1N1), kata jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Khaled Al-Maghlani.

"Kesemua mereka dikesan mempunyai simpton H1N1 yang ada, termasuk remaja perempuan Nigeria yang ada masalah kesihatan dada," kata Khaled kepada AFP.

"Kesemua mereka juga tidak mengambil suntikan vaksin pencegahan HINI," tambahnya.

Kira-kira 2.5 juta umat Islam berhimpun di Arab Saudi untuk menunaikan fardu Haji tahun ini, menjadikannya perhimpunan terbesar di dunia sejak selesema babi merebak secara global di seluruh dunia sebaik ia mula dikesan pada April lalu.

Mereka yang meninggal dunia itu adalah antara 20 kes jangkitan di kalangan jemaah haji yang berada di tanah haram Madinah dan Mekah, sejak penyakit itu merebak.

Dua belas daripada jemaah yang dijangkiti dengan virus berkenaan telah dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan, manakala empat lagi masih ditahan di hospital.

Pakar perubatan berkata, jumlah yang dijangkiti di kalangan jemaah haji jauh lebih rendah daripada yang dijangkakan, tetapi wabak penyakit berkenaan telah merebak di kalangan penduduk awam Arab Saudi sebagaimana negara-negara lain.

Pihak berkuasa Arab Saudi pada 1 November lalu melaporkan, 70 orang di negara itu telah meninggal dunia akibat selesema babi dan lebih 7,000 orang telah dijangkiti virus berkenaan.

Mereka yang berisiko dan menghadapi masalah kesihatan, terutama kanak-kanak, wanita hamil, golongan yang lanjut usia diminta menangguhkan pemergian untuk mengerjakan haji pada tahun ini.

Namun dianggarkan 1.5 juta jemaah haji dari seluruh dunia sudah pun membanjiri Arab Saudi dan lebih 1 juta lagi dijangka akan tiba mula Selasa ini.

Pihak berkuasa telah mengguna kamera pengimbas untuk membuat pemeriksaan dan mengesan tanda-tanda ke atas setiap jemaah yang tiba di terminal-terminal udara dan laut di Jeddah.

Kira-kira 20,000 pekerja kesihatan telah ditempatkan di Jeddah, Madinah dan Mekah serta beratus-ratus katil tambahan telah disediakan di hospital-hospital sebagai persediaan.

Kementerian Kesihatan turut mewujudkan unit-unit bergerak di sekitar Madinah dan Mekah untuk dikumpul maklumat lokasi yang terlibat dan dihantar terus pusat penyelaras untuk mengawal keadaan daripada merebak.

Malah ada lokasi-lokasi tertentu turut dilengkapi dengan peralatan yang boleh mengesan virus secara efektif ke atas seseorang yang disyaki dijangkiti hanya dalam masa beberapa jam sahaja.

Seluruh rombongan dijadual akan berhimpun di Padang Arafah, di mana Nabi Muhammad SAW menyampaikan khutbah terakhirnya, pada 26 November ini dan seterusnya bertolak ke Mina keesokannya untuk melakukan lontaran tiga Jamrah sebagai simbol lontaran ke atas syaitan.

Apabila musim haji berakhir mulai 29 November ini, ratusan ribu jemaah akan terus berada di sini beberapa minggu lagi sebelum kembali ke kampung halaman negara masing-masing, menyebabkan risiko penyebaran H1N1 dijangka akan lebih meluas melewati batas sempadan.

Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Jumaat lalu menunjukkan kira-kira 6,750 orang telah mati akibat selesema babi di seluruh dunia sejak virus itu mula dikesan di Mexico dan Amerika Syarikat April lepas. - AFP
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Malaysia masih hadapi risiko hadapi gelombang kedua H1N1

Postby sawi » Mon Nov 23, 2009 7:26 pm

Malaysia masih hadapi risiko hadapi gelombang kedua H1N1
23/11/2009 4:15pm

KOTA KINABALU 23 Nov. — Walaupun gelombang kedua H1N1 belum sampai ke negara ini, orang ramai dinasihatkan terus berjaga-jaga oleh kerana kes influenza A (H1N1) masih aktif di Malaysia.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, walaupun bilangan kes H1N1 yang dimasukkan ke hospital telah menurun ke 30 hingga 40 peratus, ini tidak bererti Malaysia bebas dari gelombang kedua, yang telahpun melanda beberapa negara lain.

"Kita bersyukur (gelombang kedua) belum sampai...Tapi kita tidak boleh isytiharkan negara bebas H1N1 lagi kerana H1N1 di negara kita masih aktif, terdapat kes-kes H1N1 yang dilaporkan di beberapa negeri namun kadar kematian telah berhenti setakat 77 kematian sejak beberapa bulan lepas.

"Walau bagaimanapun kita tidak boleh berada dalam keadaan selesa, kerana kita masih perlu berhati-hati mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk tangani isu ini,” katanya selepas melancarkan Persidangan Antarabangsa Kedua mengenai Perubatan Desa 2009 di sini hari ini.

Mengenai perkembangan berkaitan, beliau berkata, Sabah telahpun menerima pakej pertama tidak lebih dari 2,000 dos vaksin dari sejumlah 400,000 dos yang dipesan oleh kementerian dari sebuah syarikat UK yang akan diserahkan secara berperingkat. - Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

10 pesakit disah positif H1N1

Postby sawi » Mon Dec 07, 2009 1:39 pm

10 pesakit disah positif H1N1

Seramai 10 pesakit disahkan positif virus influenza A (H1N1) daripada 234 pesakit yang mendapat rawatan di hospital sehingga semalam, tiga daripada mereka dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata daripada tiga yang dimasukkan ke ICU, dua daripadanya berada dalam kumpulan berisiko tinggi iaitu kanak-kanak berumur di bawah lima tahun.

"Daripada 234 kes yang dilaporkan, sebanyak 30 kes ILI (gejala serupa influenza) baru dikesan semalam. Sehingga hari ini juga tiada kematian dilaporkan.

"Jumlah terkumpul bagi jangkitan H1N1 di negara kita pula sehingga hari ini ialah 12,220 kes dengan 77 kematian dilaporkan," katanya dalam sidang media selepas menutup Kem Kepimpinan Belia Mahasiswa Nasional ke-12 anjuran Biro Pendidikan Pemuda MCA di Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Jugra, Banting di Kuala Langat petang semalam.

Liow berkata pihaknya telah mengarahkan setiap Jabatan Kesihatan Negeri mempertingkatkan pengawasan di peringkat akar umbi dalam usaha mengawal gelombang kedua H1N1 di negara ini.

"Pengawasan kita sehingga hari ini semua kes ILI tidak melebihi paras 10 peratus (paras berjaga-jaga).

"Ramai yang masuk hospital pasal selesema, kalau melebihi (10 peratus) maka ia akan jadi wabak, jadi kita akan pertingkatkan pengawasan dan rawatannya," katanya.

Selain itu, Liow berkata masalah H1N1 di peringkat global masih meruncing, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan sebanyak 207 negara telah melaporkan kes H1N1 dengan sekurang-kurangnya 8,768 kematian. BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

PreviousNext

Return to JomTenet Isu Semasa/Ilmiah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest