Selesema Babi H1N1 di MALAYSIA - 88 kematian, 15,152 kes

Informasi Terkini. Isu-Isu Semasa Dalam & Luar Negara. Ilmu2 Untuk Dikongsi & Dibincang Bersama Secara Ilmiah & Terbuka.

Moderator: muyyaQ

H1N1 masih aktif

Postby sawi » Mon Apr 05, 2010 7:18 pm

05 APRIL 2010
H1N1 masih aktif
Oleh NORILA DAUD
pengarang@utusan.com.my


style="overflow: hidden; max-height: none;"mh_04.1.jpg
Rosnah Shirlin menyampaikan permainan kepada pesakit kanak-kanak di Institut Pediatrik Kuala Lumpur, semalam.
mh_04.1.jpg (34.21 KiB) Viewed 348 times


Rosnah Shirlin menyampaikan permainan kepada pesakit kanak-kanak di Institut Pediatrik Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 4 April - Kementerian Kesihatan akan memaklumkan kepada orang ramai sekiranya berlaku gelombang kedua wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) di negara ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil bagi menangani penyakit tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kematian seorang ibu dan anaknya yang baru melahirkan anak di Hospital Melaka kelmarin akibat H1N1 bukan bermakna gelombang kedua telah kembali melanda.

Namun tegasnya, penyakit tersebut masih aktif dengan 80 orang telah meninggal dunia dan sebanyak 12,715 orang telah dikesan positif dijangkiti virus itu sehingga semalam.

"Wabak itu masih aktif dan sehingga semalam tiga kes H1NI telah diterima daripada makmal iaitu masing-masing satu daripada Hospital Umum Sarawak, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan Hospital Melaka,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan kempen 'Life is Precious' 1Malaysia 1Jiwa 1Cinta di Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.

Selain itu, katanya, satu kejadian berkelompok Simptom Penyakit Serupa Influenza (ILI) telah dikesan di sebuah sekolah kebangsaan di Jasin, Melaka bermula 2 April yang melibatkan 24 pelajar.

"Bahan uji simptom ILI itu telah diambil 2 April lalu dan dihantar ke makmal Sungai Buloh tetapi keputusan masih belum diterima sehingga hari ini," katanya.

Beliau menambah, sebanyak 92 pesakit baru dengan simptom ILI telah dimasukkan ke hospital, sementara 42 kes telah dibenarkan keluar.

Menurutnya, sebanyak 401 kes ILI masih menerima rawatan di 46 hospital kerajaan dan tiga hospital swasta di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, jelasnya, 26 pesakit atau 6.5 peratus disahkan dijangkiti H1N1 sementara lima kes dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan dua kes di Wilayah Persekutuan, dua di Selangor dan satu di Kelantan.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan sekiranya demam berterusan, manakala pesakit berisiko tinggi perlu mengelak berada di tempat keramaian.

"Ibu mengandung dan kanak-kanak merupakan golongan yang senang dijangkiti virus selesema babi itu, justeru semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga," ujarnya.

Rosnah juga menasihati orang ramai terhadap gejala denggi yang mencatat jumlah kematian tinggi dan menyeru penduduk di kawasan padat membersihkan kawasan perumahan mereka dengan melakukan kerja gotong-royong.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

8 pelajar MRSM bentong positif H1N1

Postby sawi » Wed Apr 28, 2010 1:27 pm

8 pelajar MRSM positif H1N1
Oleh ALI MAHMOOD
utusanpahang@utusan.com.my


style="overflow: hidden; max-height: none;"dn_21.1.jpg
Sebahagian pelajar perempuan MRSM Bentong yang dikuarantin dan terpaksa diasingkan di bilik isolasi sekolah itu di Bentong, semalam. - bernama
dn_21.1.jpg (21.39 KiB) Viewed 341 times

Sebahagian pelajar perempuan MRSM Bentong yang dikuarantin dan terpaksa diasingkan di bilik isolasi sekolah itu di Bentong, semalam. - bernama

BENTONG 26 April - Seramai lapan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Bentong disahkan positif selesema babi atau Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, pelajar terbabit adalah antara 35 pelajar sekolah berkenaan yang berusia antara 13 hingga 17 tahun yang disyaki menghidap kluster penyakit serupa influenza (ILI) sejak 23 April lalu.

Daripada jumlah yang menghidap ILI itu, kata beliau, seramai 27 orang adalah pelajar perempuan manakala selebihnya lelaki.

''Pada mulanya seramai enam pelajar perempuan MRSM Bentong dikesan menghidap simptom berkenaan pada 23 April lalu dan pada hari sama, bilangan itu terus meningkat kepada 16 pelajar.

''Sehingga hari ini, jumlah tersebut meningkat kepada 35 pelajar dan kesemua mereka diasingkan di bilik isolasi dan diberikan rawatan oleh doktor Hospital Bentong yang datang ke sekolah berkenaan.

''Daripada lapan sampel tekak yang diambil, kita dapati kesemuanya positif H1N1 manakala 15 daripada 35 pelajar terbabit diberikan rawatan antiviral dan selebihnya diberikan rawatan simptomatik," katanya ketika mengadakan lawatan mengejut di sekolah itu hari ini.

Menurut Tiong Lai, virus kluster ILI di MRSM Bentong dipercayai dibawa masuk oleh orang luar yang datang menyaksikan temasya sukan sekolah berkenaan seminggu sebelum kes pertama virus itu dikesan.

Menurut beliau, bagi mengelak virus tersebut merebak kepada pelajar lain, pihak pengurusan sekolah mengambil tindakan segera membendung penularannya termasuk mengadakan kawalan ketat menghalang orang ramai daripada mendekati pelajar terbabit.

Selain itu kata Tiong Lai, pihak sekolah turut membuat pengasingan, memberikan pendidikan kesihatan kepada 808 pelajarnya seperti kebersihan diri, mengedar risalah dan pemberian rawatan simptomatik oleh pasukan perubatan.

Tambahnya, pelajar yang sembuh daripada simptom kluster ILI dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selama seminggu dan mereka dinasihati tidak keluar rumah dalam tempoh tersebut.

''Sehingga hari ini, sebanyak 80 kematian dicatatkan berikutan wabak H1N1 di seluruh negara.

''Jumlah kes ILI yang masih mendapat rawatan di wad ialah 543 kes dan daripada jumlah itu, 55 kes atau 10.1 peratus disahkan positif H1N1 serta sembilan kes masih dirawat di wad kecemasan (ICU)," katanya.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Sehingga jam 8:00 pagi pada 28 April 2010

Postby sawi » Wed Apr 28, 2010 1:29 pm

Sehingga jam 8:00 pagi pada 28 April 2010, Kementerian telah menerima sejumlah lapan (8) laporan kejadian kluster ILI daripada lima (5) buah negeri seperti di Lampiran 1.

Sementara itu, sehingga jam 5:30 petang 27 April 2010, sejumlah 42 kes disahkan Influenza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 13,522. Jumlah kes ILI yang masih dirawat di dalam wad di seluruh negara adalah sebanyak 570 kes. Daripada jumlah tersebut, 61 kes (10.7%) telah disahkan positif influenza A(H1N1). Bilangan yang dirawat di ICU adalah sembilan (9) kes di mana tujuh (7) daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko. Tiada laporan kematian H1N1 pada hari ini. Untuk makluman, jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini masih kekal 80 orang.

Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan masyarakat bahawa penularan jangkitan influenza A(H1N1) masih terus aktif di dalam komuniti. Masyarakat perlu sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan yang telah dihebahkan sebelum ini. Orang awam yang mempunyai faktor risiko seperti ibu hamil, menghidapi penyakit kronik seperti asma, diabetes, buah pinggang, jantung dan lain-lain harus segera mendapatkan pelalian vaksin A(H1N1) di 104 fasiliti Kementerian seluruh negara. Maklumat lanjut berkenaan influenza A(H1N1) boleh didapati dengan melayari laman sesawang Kementerian Kesihatan di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.



Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Tarikh: 28 April 2010
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1: Lagi kematian libatkan lelaki 40 tahun

Postby sawi » Fri Apr 30, 2010 8:26 pm

H1N1: Lagi kematian libatkan lelaki 40 tahun
Apr 30, 10 5:54pm

Satu lagi laporan kematian berkaitan virus influenza A(H1N1) diterima Kementerian Kesihatan hari ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican.

Beliau berkata bagaimanapun penyebab kematian lelaki berusia 40 tahun itu bukan jangkitan H1N1 secara langsung.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kematian H1N1 sehingga hari ini kekal 81 orang," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata lelaki itu mempunyai faktor risiko tekanan darah tinggi dan terlibat dengan kemalangan kenderaan seminggu sebelum dimasukkan ke wad.

Dr Mohd Ismail berkata lelaki terbabit dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 26 April lepas selepas mengalami masalah pernafasan, demam, batuk serta pertuturan yang tidak difahami dan dia meninggal dunia pada hari yang sama.

Beliau berkata walaupun kes itu disahkan positif jangkitan virus H1N1 melalui ujian PCR, lelaki itu juga mengalami jangkitan bakteria dalam darah dan kematian adalah akibat komplikasi "septic shock with multi-organs failure".

Mengenai jumlah kes terkumpul, Dr Mohd Ismail berkata sehingga 5.30 petang semalam sejumlah 71 kes disahkan influeza A(H1N1) dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes itu kini ialah 13,673.

Sehingga pukul 8 pagi ini, sebanyak enam laporan kejadian kluster ILI dilaporkan di empat negeri iaitu Sarawak, Terengganu, Selangor dan Kuala Lumpur.

Beliau berkata jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad di seluruh negara ialah 587 kes dan daripada jumlah itu 70 kes (11.9 peratus) disahkan positif influenza A (H1N1).

Tujuh kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima daripadanya mempunyai faktor-faktor risiko, katanya.

"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 melibatkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, penyakit jantung, penyakit paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan.

"Oleh itu orang ramai yang mempunyai faktor risiko dinasihat supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melayari laman web kementerian di alamat http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline kementerian di talian 03-88810200/0300.

-- Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Empat lagi kes baru H1N1 dikesan di Ukay Perdana

Postby sawi » Mon May 03, 2010 6:27 pm

Empat lagi kes baru H1N1 dikesan di Ukay Perdana
03/05/2010 2:32pm

KUALA LUMPUR 3 Mei – Empat lagi kes positif Influenza A (H1N1) yang terbaru dikesan di Ukay Perdana, Ampang sehingga pukul 8.30 pagi ini, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican.

Beliau berkata, tiga pesakit dari taman perumahan itu dimasukkan ke hospital swasta, manakala seorang lagi diberi rawatan sebagai pesakit luar, dan kesemua mereka diberikan rawatan antiviral.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kes tersebut setakat ini 13,748 orang,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau menggesa orang awam yang mempunyai faktor-faktor risiko seperti asma, diabetes, penyakit buah pinggang, jantung, paru-paru, ibu mengandung dan kegemukan supaya segera mendapatkan pelalian vaksin H1N1 dengan segera.

Menurutnya, orang ramai boleh mendapatkan pelalian vaksin berkenaan di 104 fasiliti kementerian di seluruh negara.

"Majoriti kematian yang dikaitkan dengan jangkitan virus H1N1 melibatkan mereka yang mempunyai faktor-faktor risiko itu. Mereka ini mudah mengalami komplikasi penyakit sedia ada atau jangkitan bakteria sekunder yang menyebabkan sepsis dan boleh membawa maut,” katanya. – Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1 : 1 kematian di Hospital Raja Permaisuri Bainun, IPOH

Postby sawi » Wed May 05, 2010 9:22 pm

Satu kematian akibat H1N1 dilapor hari ini
05/05/2010 3:20pm

PUTRAJAYA 5 Mei - Satu kematian dilaporkan hari ini akibat jangkitan virus influenza A H1N1, membabitkan seorang lelaki berumur 40 tahun, menurut Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan hari ini.

Lelaki tanpa sebarang faktor risiko itu mengalami gejala demam dan batuk selama enam hari sebelum dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh Perak pada 27 April lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata kematian terbaru itu menjadikan jumlah terkumpul kematian akibat A H1N1 dalam negara ialah 82 orang.

Sementara itu lapan kejadian kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) dilaporkan di lima negeri iaitu di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Selangor.

Di Kuala Lumpur, ia membabitkan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintang Utara Taman Shamelin Perkasa dan SK Taman Midah Cheras manakala di Negeri Sembilan pula membabitkan Kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ulu Pari, Rembau serta sebuah keluarga di Taman Gemas Indah, Gemas.

Di Melaka pula membabitkan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Key Seng Bukit Baru dan di Johor dilaporkan di Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Johor dan Klinik Kesihatan Batu Pahat.

Satu kes yang dilaporkan di Selangor membabitkan Sekolaha Agama Bersepadu Kota Damansara. - Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

52 kes baru H1N1 dilaporkan semalam

Postby sawi » Thu May 13, 2010 5:55 pm

52 kes baru H1N1 dilaporkan semalam
13/05/2010 4:21pm

PUTRAJAYA 13 Mei — Sejumlah 52 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 14,524 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican berkata, sebanyak 674 kes gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) masih dirawat dan daripada jumlah itu 74 disahkan sebagai H1N1.

Sehingga kini 13 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya dikategorikan sebagai kes berisiko, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ismail mengingatkan mereka yang mempunyai gejala IlI supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mengulas mengenai pemberian pelalian H1N1, katanya, ia berdasarkan kepada prinsip “siapa dulu dia dapat” kerana bilangan vaksin yang terhad.

"Sehingga semalam, masih terdapat kira-kira 130,000 baki dos vaksin H1N1 di seluruh negara untuk diberikan,” katanya. - Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

59 kes terbaru H1N1

Postby sawi » Mon May 17, 2010 11:43 am

59 kes terbaru H1N1
Mei 16, 10 6:49pm
Sejumlah 59 pesakit lagi disahkan positif Influenza A (H1N1) sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul individu yang dijangkiti virus tersebut di seluruh negara ialah 14,385.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata sebanyak 595 kes penyakit serupa influenza (ILI) pula masih dirawat di dalam wad dengan 77 disahkan positif H1N1.

Menurutnya, 12 kes H1N1 itu masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya melibatkan individu yang mempunyai faktor risiko.

Penularan H1N1 bukan sahaja masih aktif dalam negara malah di seluruh dunia, katanya dalam kenyataan di Putrajaya hari ini.

Beliau meningatkan mereka yang mempunyai simptom ILI seperti deman, batuk, selsema dan sakit tekak mengelakkan tempat-tempat yang menjadi tumpuan orang ramai.

Dr Mohd Ismail menasihatkan mereka yang mempunyai gejala ILI supaya segera mendapatkan pemeriksaan dan rawatan di klinik atau hospital berhampiran kerana rawatan awal penting untuk mengelakkan komplikasi dan kematian.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini H1N1 serta maklumat pusat kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan vaksinasi boleh melayari laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-888-10200 dan 03-888-10300 setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 8 malam.

- Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

influenza (ILI); di P.Pinang,Perak,Pahang,Terengganu & Saraw

Postby sawi » Wed May 19, 2010 9:08 pm

13 lagi kes positif H1N1
19/05/2010 4:54pm

KUALA LUMPUR 19 Mei - Sebanyak 13 kes disahkan positif Influenza A (H1N1) sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes sebanyak 14,479.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kementerian juga menerima laporan lima kes kejadian kluster penyakit serupa influenza (ILI); masing-masing di Pulau Pinang, Perak, Pahang, Terengganu dan Sarawak.

Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad seluruh negara sebanyak 591 kes dan 70 kes daripadanya disahkan positif H1N1 sementara bilangan kes ILI di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 14 kes dengan 10 daripadanya berisiko H1N1.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau turut mengesahkan, kematian seorang wanita berusia 51 tahun seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan semalam bukanlah disebabkan oleh jangkitan H1N1.

"Keputusan sampel H1N1 masih belum diperolehi dan kes di Pulau Pinang dan Perak diberikan rawatan sebagai pesakit luar sementara kes yang berlaku di tiga lagi negeri diberikan rawatan antiviral,” katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus influenza H1N1 seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan pelalian kepada kumpulan berisiko serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari lawan sesawang di http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/300. - Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

65 kes baru H1N1

Postby sawi » Fri May 21, 2010 3:40 pm

65 kes baru H1N1
21/05/2010 12:53pm

KUALA LUMPUR 21 Mei - Sebanyak 65 kes baru influenza A (H1N1) dilaporkan sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kini sebanyak 14,614 kes dengan 85 kematian.

Jumlah kes penyakit serupa influenza (ILI) yang masih dirawat di wad seluruh negara adalah sebanyak 587 kes.

Daripada jumlah itu, 68 kes atau 11.6 peratus disahkan positif H1N1 manakala bilangan yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 9 kes dengan kesemuanya mempunyai faktor risiko.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, sehingga pukul 8 pagi ini, pihaknya menerima enam laporan kejadian kluster ILI melibatkan enam negeri - Kelantan, Negeri Sembilan, Johor, Melaka, Pulau Pinang dan Selangor.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan berhati-hati dengan penularan jangkitan ini dengan mengelakkan berada di di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak. - Utusan
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Kem PLKN Sri Ledang dikuarantin kerana H1N1

Postby sawi » Fri May 21, 2010 3:41 pm

Kem PLKN Sri Ledang dikuarantin kerana H1N1
21/05/2010 3:17pm

MUAR 21 Mei - Lima pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kem Sri Ledang dekat sini disahkan positif influenza A (H1N1).

Ia menyebabkan kem berkenaan terpaksa dikuarantin sepenuhnya setakat ini berikutan 60 pelatih lagi menghidap gejala serupa influenza (ILI). - Utusan
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Penyakit serupa Influenza (ILI) telah dilaporkan di Selangor

Postby sawi » Tue May 25, 2010 6:42 pm

H1N1: 29 lagi kes positif dilaporkan
2010/05/25

KUALA LUMPUR: Sejumlah 29 kes disahkan positif Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes adalah 14,692.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Mohd Ismail Merican, berkata tiga laporan kejadian kluster penyakit serupa Influenza (ILI) telah dilaporkan di Selangor.

"Jumlah kes ILI yang masih dirawat di wad seluruh negara adalah sebanyak 569 kes dan daripada jumlah tersebut 74 kes (13 peratus) telah disahkan positif H1N1," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, terdapat lima kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan semuanya mempunyai risiko H1N1 dan tiada laporan kematian diterima dan jumlah terkumpul kematian H1N1 kekal 86 orang.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus H1N1 seperti fasiliti kesihatan kerajaan yang menyediakan kemudahan pelalian kepada kumpulan berisiko serta langkah pencegahan boleh melayari laman web www.moh.gov.my atau h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300. - Bernama
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Satu lagi kes positif H1N1 di Perak - Mei 2010

Postby sawi » Mon May 31, 2010 10:00 am

Satu lagi kes positif H1N1 di Perak

KUALA LUMPUR 30 Mei - Satu daripada dua kes penyakit serupa influenza (ILI) yang dilaporkan di Perak sehingga pagi ini disahkan positif selesema babi atau influenza A (H1N1) menjadikan jumlah terkumpul 14,804 kes sehingga kini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, kes ILI yang masih dirawat di hospital seluruh negara berjumlah 589 dengan 49 kes atau 8.3 peratus disahkan positif H1N1.

"Sementara itu, enam kes H1N1 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lima daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr. Mohd. Ismail berkata, tiada kematian baru dilaporkan akibat H1N1, mengekalkan jumlahnya dengan 87 kes.

"Penyebaran H1N1 masih aktif dan orang awam perlu sentiasa berwaspada serta mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan," katanya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan H1N1 serta langkah-langkah pencegahan boleh melayari laman web www.moh.gov. my atau h1n1.moh.gov.my.

Selain itu, mereka juga boleh menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200 atau 03-88810300.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 11 Jun 2010

Postby sawi » Fri Jun 11, 2010 5:34 pm

Situasi Semasa Influenza A (H1N1) 11 Jun 2010

Bagi tempoh 24 jam yang lepas, dimaklumkan bahawa satu (1) laporan kejadian kluster ILI yang baru telah dilaporkan dari negeri Johor seperti yang ditunjukkan di Lampiran 1 yang disertakan bersama. Jumlah kluster ILI yang masih aktif di seluruh negara juga telah berkurangan kepada 35 berbanding 40 pada hari sebelumnya.

Sebanyak 31 kes baru yang disahkan positif influenza A(H1N1) oleh makmal dilaporkan menjadikan jumlah terkumpul kes influenza A(H1N1) adalah berjumlah 15,050 kes. Kes ILI yang dirawat di dalam wad hospital di seluruh negara adalah berjumlah 501 kes dan daripada jumlah tersebut 53 kes atau 10.6% disahkan positif influenza A(H1N1). Untuk makluman, jumlah kes H1N1 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah lapan (8) dan enam daripadanya adalah individu yang mempunyai faktor risiko. Tiada kematian baru dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kekal 88 kes.

Seperti di kebanyakan negara, jangkitan influenza A(H1N1) adalah masih aktif. Oleh itu, orang awam perlu sentiasa berwaspada dan mengambil langkah-langkah kawalan dan pencegahan H1N1 yang terbukti berkesan. Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini berkaitan virus Influenza A(H1N1) serta langkah-langkah pencegahan, boleh melayari laman sesawang http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi hotline Kementerian Kesihatan di talian 03-88810200/0300.

Sekian dan terima kasih.

TAN SRI DATO’ SERI DR. HJ. MOHD. ISMAIL BIN MERICAN
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia

Tarikh: 11 Jun 2010
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

H1N1 turun 31.9 peratus minggu lalu - 2010/06/23

Postby sawi » Wed Jun 23, 2010 2:28 pm

H1N1 turun 31.9 peratus minggu lalu
2010/06/23

KUALA LUMPUR: Jumlah kes positif influenza A (H1N1) dilaporkan menurun sebanyak 31.9 peratus kepada 81 kes bagi tempoh dari 13 hingga 19 Jun lalu berbanding 119 kes pada minggu sebelum itu.

"Ini menjadikan jumlah terkumpul kes positif H1N1 adalah sebanyak 15,152 kes dengan tiada kematian baru dilaporkan, menjadikan jumlah kematian kekal sebanyak 88 kes," kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata bagi tempoh yang sama dari 13 hingga 19 Jun, tujuh kes kluster Penyakit Serupa Influenza (ILI) turut dikesan di empat buah negeri iaitu Kedah, Selangor, Johor dan Melaka.
Katanya jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital dengan simptom ILI juga menurun 24 peratus iaitu seramai 586 orang berbanding 771 orang pada minggu sebelumnya.

"Baki kes ILI, yang masih dirawat di seluruh negara setakat 19 Jun adalah sebanyak 404 kes di 55 hospital termasuk di 11 hospital swasta.

"Dan daripada jumlah 404 kes tersebut, hanya 49 pesakit atau 12.1 peratus yang disahkan positif Influenza A (H1N1) di mana 10 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan lapan daripada kes itu merupakan individu yang mempunyai faktor risiko," katanya.

Dr Mohd Ismail berkata sehingga 18 Jun lalu, seramai 350,760 orang telah menerima vaksin H1N1.
"Daripada jumlah ini, 96,976 orang adalah petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan, 90,582 bukan anggota kementerian seperti anggota polis, tentera, bomba, imigresen dan lain-lain.

"Sejumlah 163,202 lagi merupakan orang awam daripada kumpulan sasar berkeutamaan dan menjadikan dos vaksin yang tinggal adalah sekitar 25,000 dos," katanya. - BERNAMA
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Previous

Return to JomTenet Isu Semasa/Ilmiah

Who is online

Users browsing this forum: Google Adsense [Bot] and 2 guests