Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Informasi Terkini. Isu-Isu Semasa Dalam & Luar Negara. Ilmu2 Untuk Dikongsi & Dibincang Bersama Secara Ilmiah & Terbuka.

Moderator: muyyaQ

Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby sawi » Mon Jul 28, 2008 4:45 pm

Sumber : MalaysiaKini

Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat
Jul 28, 08 2:55pm
Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.

Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.

Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.

Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.

Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.

Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".

Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby sawi » Mon Jul 28, 2008 4:47 pm

Bacaan Asal : Bincang.Net
Sumber : Doktor di Pusrawi pulak hilang

Pada 21 Julai, aku tulis tentang Konspirasi AG dan IGP. Dalam posting tu, aku ada tulis yang ni.

Hangpa tau, depa minta seorang doktor dari sebuah hospital untuk melakukan pemeriksaan terhadap Saiful. Doktor tu pun buat dan dalam laporannya, dia kata tidak ada bukti Anwar melakukan liwat terhadap anak muda ini. Polis kemudian menahan doktor ini selama tiga hari. Walaupun polis cuba memaksa doktor ini untuk menukar laporannya untuk membabitkan Anwar, doktor tersebut enggan melakukannya.

Sehingga hari ini, doktor tersebut tetap dengan pendiriannya mengatakan tidak ada bukti terhadap Anwar. Dia tahu dia terpaksa membayar harganya tapi dia tidak peduli. Dia tidak akan menukar laporannya dan mengatakan Anwar meliwat saiful, walau apapun terjadi kepadanya. Kecewa dengan ini, polis terpaksa membebaskan Anwar dengan jaminan polis. Doktor tersebut enggan menukar laporannya dan Anwar enggan memberikan contoh DNA nya.


Sebenarnya, doktor tersebut ialah Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi dan dia bersama seluruh anggota keluarganya telah bersembunyi kerana polis sedang mencari mereka dan mahukan doktor ini mengubah laporan perubatan yang dibuatnya.

Pada 2.00 petang, 28 June 2008, mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan telah pergi menemui Dr. Mohamed Osman dan mengadu tentang kesakitan dibahagian dubur yang dialaminya. Saiful memberitahu doktor tersebut bahawa dia di "perkosa' oleh seorang yang sangat penting - maknanya, Anwar Ibrahim.

Dr. Mohamed Osman memeriksa Saiful tetapi mendapati tiada bukti bahawa dia diliwat, sama ada oleh Anwar Ibrahim ataupun sesiapa saja. Laporan doktor (boleh dilihat dibawah) mengatakan TIADA kesan luka pada kulit, TIADA pendarahan, TIADA kesan-kesan nanah dsb - secara asasnya bermakna tidak mungkin dia mengalami kesakitan diduburnya, seperti yang didakwa.

Pemeriksaan doktor menolak kemungkinan Saiful telah diliwat. Dengan lain perkataan, Mohd. Saiful Bukhari Bin Azlan tidak mengalami apa-apa kesakitan diduburnya, dan tidak juga diperkosa atau diliwat.

Saiful kemudiannya memberitahu bahawa dia mahu membuat laporan polis, lantas Dr. mohamed osman mencadangkan dia (Saiful) pergi untuk membuat pemeriksaan kedua dihospital kerajaan. Saiful kemudiannya pergi kehospital kerajaan dan doktor disitu juga mendapati perkara yang sama. Walaubagaimanapun, Saiful masih membuat laporan polis dipondok polis yang terdapat dihospital.

disebalik semua pengesahan doktor yang mengatakan Saiful tidak pernah diliwat, polis masih meneruskan kes ini. Anwar Ibrahim kemudiannya telah ditangkap oleh kira-kira 20 anggota UTK yang bersenjata dan memakai topeng dihadapan rumahnya walaupun dia telah bersetuju untuk melapur diri kebalai polis pada pukul 2.00 petang seperti yang dijanjikan.

Polis kemudiannya telah menahan Anwar didalam lokap sehingga keesokan harinya, malah telah dibawa kehospital untuk pemeriksaan dan mencuba untuk memperolehi sampel untuk tujuan profil DNA walaupun polis sudah pun mempunyai profil DAN Anwar pada tahun 1998 dan doktor-doktor dari dua buah hospital telah mengesahkan Saiful tidak diliwat.

Sudah jelas, kerajaan sedang mencuba untuk memalsukan bukti terhadap Anwar dan mencuba untuk membuktikan Anwar bersalah, melalui tuduhan liwat palsu.Dan siapakah dibelakang konspirasi ini, kalau bukan AG dan IGP, dua pelakon yang sama dengan konspirasi 1998.

Laporan doktor amat jelas. Saiful TIDAK pernah diliwat, sama ada oleh Anwar atau sesiapa pun. Mengapa kerajaan masih meneruskan kes ini terhadap Anwar? Dan mengapa mereka masih mencari doktor itu bersama keluarganya yang sekarang terpaksa bersembunyi?

Pertubuhan-pertubuhan masyarakat, NGO dan Majlis Peguam tidak seharusnya berdiam diri. Polis telah pun menahan doktor tersebut selama tiga hari tetapi masih enggan memalsukan laporannya. Anwar tidak meliwat saiful dan laporan doktor melaporkan dengan begitu jelas. dan polis juga mempunyai salinan laporan yang sama seperti yang disiarkan dibawah supaya mereka tahu apa yang aku tahu. Dan sekarang, rakyat Malaysia sudahpun mengetahui apa yang polis dan aku tahu.... iaitu Saiful tidak pernah diliwat oleh sesiapa pun.

(Posting ini adalah terjemahan kepada artikel yang dibuat oleh Raja Petra..Doctor on the run: police want him to fabricate evidence against Anwar )

Image Image
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby sawi » Tue Jul 29, 2008 9:59 am

style="overflow: hidden; max-height: none;"saiful_report.png
saiful_report.png (71.83 KiB) Viewed 24 times
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby sawi » Thu Sep 04, 2008 7:10 pm

http://malaysiakini.com/news/89060

Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat
Beh Lih Yi | Sep 4, 08 12:21pm

Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.

saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.

Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.

Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.

"Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.

Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.

Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.

Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.

style="overflow: hidden; max-height: none;"drosman.jpg
drosman.jpg (11.02 KiB) Viewed 960 times
Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.

Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.

Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.

Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.

Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.

Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).

Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.

Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.

Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.

Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.

Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby sawi » Thu Sep 04, 2008 7:11 pm

Utusan
Doktor Pusrawi mengaku akuan bersumpah miliknya
04/09/2008 1:38pm

KUALA LUMPUR 4 Sept. – Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Pusrawi mengesahkan akuan bersumpah yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today adalah miliknya.

Beliau bagaimanapun mendakwa, penyebaran akuan bersumpah melalui laman web tersebut adalah di luar pengetahuannya.

``Saya bercuti selepas dinasihatkan Pusrawi dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.

``Saya tidak terlibat dengan politik dan sesungguhnya akuan bersumpah saya adalah benar,’’ katanya pada sidang akhbar di Majlis Peguam di sini hari ini. – Utusan.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby PadukaRaja » Fri Sep 19, 2008 2:39 am

huhuhu mcm2 ah skang ni..
x kene liwat cakap kene liwat..
pasal duit kot..hohohoho...
User avatar
PadukaRaja
 
Posts: 6
Joined: Fri Sep 19, 2008 2:03 am
Location: johor bahru

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby wanshah » Mon Sep 29, 2008 12:43 pm

Betul tu paduka raja. aku pun dah naik menyampah dah skarang nih. :XX dari dulu sampai skarang, tak habis2 lagi nak wat konspirasi. agaknya ape plak la lepas ni. camtu la kalau orang dah lama sangat jawat kuasa. sampai sanggup wat macam2 sebab tak nak lepaskan jawatan. makan la duit tak halal tu. :ugeek: :X
User avatar
wanshah
 
Posts: 14
Joined: Wed Sep 24, 2008 5:17 pm

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful

Postby sawi » Thu Jun 18, 2009 3:58 pm

Malaysiakini

Peguam: Tiada bukti Anwar liwat Saiful
S Pathmawathy | Jun 18, 09 3:29pm
Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Menurut mereka, laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut, mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan.

Satu salinan laporan perubatan itu disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya. Kes itu akan didengar mulai 1 Julai ini.

Laporan perubatan itu bertaikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut.

Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan, kata peguam Amer Hamzah Arshad.

Dan ianya tidak ada dalam kes ini, tambahnya.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Liwat II: Karpal soal balas Saiful

Postby sawi » Mon May 10, 2010 5:23 pm

lama tak update kisah saiful ni, tp sejak akhir2 nampak semakin menarik... <*_*>

Liwat II: Karpal soal balas Saiful
Mei 10, 10 10:47am

Perbicaraan kes liwat ll Datuk Seri Anwar Ibrahim disambung hari ini, selepas tiga bulan ditangguhkan, dengan peguambela Karpal Singh menuntut senarai saksi.

12.30tghari: Karpal Singh memohon penangguhan hingga pagi esok untuk membuat penghujahan penuh bagi mendapatkan kenyataan beramaran Saiful.

Hakim Zabidin membenarkannya dan menanguhkan perbicaraan hingga esok.

11.30pagi: Karpal minta rihat sekejab.

11.25pagi: Karpal memohon supaya kenyataan beramaran Saiful dikemukakan, dengan berkata saksi tersebut tidak bercakap benar.

11.22pagi: Saiful mendakwa, minyak pelincir digunakan sewaktu melakukan hubungan seks.

11.20pagi: Karpal, merujuk kepada laporan Hospital Kuala Lumpur, berkata tiada tanda parut atau kecederaan terbaru pada diri Saiful.

Saiful pula berkata dia tidak tahu kerana dia tidak dapat melihat duburnya.

11.06pagi: Karpal membaca salinan laporan yang menyatakan punca kesakitan Saiful adalah kerana kemasukan satu objek plastik ke dalam duburnya.

Saiful berkata laporan itu salah dan tidak betul.

Berikutan itu, Karpal berkata doktor berkenaan akan dibawa untuk memberi keterangan.

Saiful berkata dia tidak tahu dan "mungkin doktor berbohong".

10.54pagi: Karpal bertanya Saiful sama ada dia seorang muslim yang baik. Saiful menjawab iya.

Karpal berkata Saiful tidak memahami ajaran Islam kerana dia tidak mandi junub selepas melakukan hubungan seks.

Saiful mengakui dia tidak berbuat demikian selepas melakukan hubungan seks dengan Anwar kerana dia dalam keadaan darurat pada masa itu

Saiful berkata dia mandi sebelum pergi mengerjakan solat Jumaat.

10.45pagi: Saiful berkat dia tidak bertemu dengan Najib atau isterinya Rosmah Mansor sebelum pertemuan pada 24 Jun.

Saiful berkata dia berjumla ASP Rodhwan di Hotel Mulia pada malam 24 Jun

selepas pegawai polis itu menghubungi bertanyakan mengenai masalahnya.

10.40pagi: Saiful berkata dia berjumpa PM Najib pada 24 Jun 2008 di kediaman Najib di Jalan Duta untuk mengadu masalahnya.

10.39pagi: Karpal meminta Saiful mengangkat sumpah dengan betul dan memintanya bercakap benar.

10.35pagi: Hakim Datuk Mohd Zabidin Md Diah menolak usaha Anwar untuk mendapatkan senarai saksi ekoran keputusan mahkamah rayuan dan mahkamah persekutuan menolak permohonannya sebelum ini.

Sesi soal-balas ke atas Saiful.

10.14pagi: Karpal bertanya mengapa pihak pendakwa begitu takut untuk menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

Katanya, jika tiada sebarang konspirasi untuk menjatuhkan Anwar, maka pihak pendakwa sepatutnya menyerahkan senarai saksi kepada pihak pembela.

10.06pagi: Peguamcara Negara 11 dan ketua pasukan pendakwa, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin berkata beliau terikat dengan keputusan Mahkamah Persekutuan supaya tidak menyerahkan senarai tersebut, dengan berkata senarai saksi itu "mungkin" diberikan diakhir pendakwaan.

Mohd Yusof berkata beliau tidak nampak hubungan antara soal-balas dengan senarai saksi.

Menurutnya lagi, daripada keterangan Saiful, pihak pembela sudah boleh mengagak siapakah saksi-saksi berkenaan.

Karpal, bagaimanapun, berkata beliau mahu mahkamah menggunakan kuasanya mengikut Seksyen 56 Kanun Prosedur Jenayah untuk memaksa senarai saksi itu diserahkan.

Karpal juga mengadu tidak mendapat nota keterangan.

9.57pagi: Peguambela Karpal Singh mahu mahkamah memastikan mereka mendapat senarai saksi sebelum bermula sesi soalsiasat Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Beliau berkata, pihak pembela perlu tahu sama ada saksi mereka mungkin turut ada dalam senarai saksi pendakwa.
User avatar
sawi
 
Posts: 444
Joined: Wed Dec 19, 2007 5:45 pm
Location: Bangi

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby marzupi » Sun Jun 06, 2010 4:14 pm

susah nk cakap.tak tau mana satu yang betul.
http://www.bankrakyat.net/?ref=marzupiarif
marzupi
 
Posts: 8
Joined: Sun Jun 06, 2010 3:58 pm

Re: Dakwaat Liwat Palsu? Saiful Bukhari Penipu?

Postby akm88 » Wed Jul 07, 2010 12:45 pm

It is something nice information!!!
akm88
 
Posts: 3
Joined: Wed Jul 07, 2010 12:42 pm


Return to JomTenet Isu Semasa/Ilmiah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest