Moderator: muyyaQ
Doktor: Tiada kesan Saiful diliwat
Jul 28, 08 2:55pm
Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.
Hospital Pusrawi 280708.jpgMenurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu Anwar itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar.
Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.
Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid.
Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya.
Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar".
Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Dr Osman tampil pertahan laporan kes liwat
Beh Lih Yi | Sep 4, 08 12:21pm
Dr Mohd Osman Abdul Hamid dari Hospital Pusrawi yang memeriksa Mohd Saiful Bukhari Azlan, muncul hari ini untuk mempertahankan hasil pemeriksaannya yang tidak menemui sebarang bukti yang menunjukkan Mohd Saiful telah diliwat.
saiful bukhari azlan sodomy allegation anwar ibrahim medical report 300708Dr Osman telah mengambil cuti lebih sebulan lalu selepas kebocoran laporan perubatannya ke atas Saiful itu, pada 28 Julai lalu.
Doktor tersebut, yang ditemani peguamnya - M Puravelan dan Yusri Kamaruddin - mengadakan sidang akhbar di Majlis Peguam pada jam 12 tengahari ini.
Beliau mengesahkan bahawa akuan berkanunnya, yang disiarkan oleh Malaysia Today memang ditandatanganinya.
"Saya tidak terbabit dalam politik, saya akan sentiasa bercakap benar," kata Dr Osman yang kelihatan agak gementar.
Dalam akuan bersumpahnya, Dr Osman mempertahankan laporan perubatannya itu di mana beliau tidak menemui sebarang kesan liwat selepas memeriksa dubur Saiful.
Saiful telah mendakwa dia telah diliwat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 Jun lalu.
Anwar kemudiannya didakwa di mahkamah atas tuduhan tersebut beberapa minggu kemudiannya.
Dr Osman berkata, beliau mengadakan sidang akhbar hari ini untuk membersihkan namanya.
Beliau yang membaca kenyataannya berkata, beliau mengambil cuti kerana beliau merasa tertekan ekoran siasatan polis terhadap pemeriksaan perubatannya ke atas Saiful.
Dr Osman juga berkata, beliau tidak tahu bagaimana laporan perubatannya ke atas Saiful diketahui umum.
Ditanya sama ada beliau masih lagi berkhidmat dengan Pusrawi, Dr Osman berkata, beliau akan kembali bertugas secepat mungkin.
Dr Osman juga menafikan dakwaan bahawa beliau bimbang terhadap keselamatan dirinya.
Di bawah adalah kenyataan akhbar Dr Osman yang dibacanya pagi tadi (terjemahan).
Saya adalah doktor yang mengesahkan akuan berkanun bertarikh 1 Ogos 2008.
Saya telah membaca akuan berkanun yang telah disiarkan di laman web Malaysia Today. Saya mengesahkan bahawa ia adalah salinan asli akuan berkanun saya. Saya kini mengesahkan bahawa kandungan akuan berkanun itu adalah benar.
Saya telah pergi bercuti. Saya merasa amat tertekan. Saya kini telah kembali ke Malaysia. Terdapat banyak kenyataan media di Malaysia yang dibuat oleh pelbagai individu.
Sesetengah daripada kenyataan tersebut telah memberi gambaran buruk terhadap profesyen dan diri saya. Saya ingin memberi jaminan bahawa saya hanyalah menjalankan tugas saya sebagai seorang doktor. Saya tidak terbabit dalam politik. Saya sentiasa akan bercakap benar.
Saya tidak pernah pada bila-bila masa pun melanggar etika profesional saya. Saya sentiasa mengamalkan kerahsian antara doktor dan pesakit.
Doktor Pusrawi mengaku akuan bersumpah miliknya
04/09/2008 1:38pm
KUALA LUMPUR 4 Sept. – Doktor Mohamed Osman Abdul Hamid yang memeriksa Mohd. Saiful Bukhari Azlan di Hospital Pusrawi mengesahkan akuan bersumpah yang disiarkan dalam laman web Malaysia Today adalah miliknya.
Beliau bagaimanapun mendakwa, penyebaran akuan bersumpah melalui laman web tersebut adalah di luar pengetahuannya.
``Saya bercuti selepas dinasihatkan Pusrawi dan tidak tahu bagaimana ia boleh tersebar.
``Saya tidak terlibat dengan politik dan sesungguhnya akuan bersumpah saya adalah benar,’’ katanya pada sidang akhbar di Majlis Peguam di sini hari ini. – Utusan.
dari dulu sampai skarang, tak habis2 lagi nak wat konspirasi. agaknya ape plak la lepas ni. camtu la kalau orang dah lama sangat jawat kuasa. sampai sanggup wat macam2 sebab tak nak lepaskan jawatan. makan la duit tak halal tu. 
Return to JomTenet Isu Semasa/Ilmiah
Users browsing this forum: No registered users and 1 guest