Zunar Fan Club / Zunar / Malaysiakini

Karya kartun Zunar memang tidak asing lagi dalam dunia sepak terajang politik di Malaysia.

Penghasilan karya beliau banyak berkisar tentang isu-isu semasa, suasana sepak terajang politik di Malaysia. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau menerima tekanan dari pelbagai pihak, hingga beberapa kali telah “cuba” disaman, diheret ke mahkamah. Namun semangat Zunar untuk terus berkarya tidak pernah luput, malahan semakin menaikkan semangat beliau.

Berikut antara karya Zunar yang saya simpan, seluruh koleksi Zunar untuk Malaysiakini.com

http://blog.cartoonkafe.com/

Latarbelakang

Zunar Dilahirkan pada 15 Mei 1962 di Bukit Junun, Gurun, Kedah. Pernah bekerja sebagai juruteknik makmal, Zunar juga aktif dalam aktiviti lain yang menyentuh soal kartun. Beliau pernah memegang jawatan setiausaha bagi Persatuan Kartunis Selangor dan Wilayah Persekutuan (Pekartun). Beliau juga sering mengadakan bengkel-bengkel kartun untuk mereka yang mahu dan baru menceburi bidang tersebut.

Zunar gemar membawa pen dan buku nota di dalam beg galasnya. Dari situ, beliau akan mencatat idea-idea yang baik dari sesiapa saja untuk diterjemahkan menjadi karikatur atau sebarang karya kartun.

Makanan kegemaran beliau ialah seafood dan air suam.

Kerjaya sebagai kartunis

Zunar menghasilkan karya pertama beliau seawal 1973 dan tersiar di majalah Bambino. Atas galakan keluarga dan rakan-rakan, karyanya mula menjalar ke akhbar Mingguan Perdana dan majalah Kisah Cinta sebelum singgah di majalah Gila-Gila terbitan Creative Enterprise Sdn Bhd.

Di Gila-Gila, kartun beliau dari masa ke semasa mula menarik perhatian pembaca dan juga penerbit kerana ideanya yang sinis. Kelebihan itu membolehkan karya beliau mendapat tempat di Cili Padi (majalah sisipan Gila-Gila) pada setiap keluaran di bawah judul Gebang-gebang.

Zunar kemudian melebarkan sayapnya ke Berita Harian dengan strip kartun berjudul Papa. Nama Zunar makin dikenali apabila beliau terlibat dengan gerakan reformasi ekoran pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998. Penglibatannya dalam gerakan tersebut membawa kepada penahanan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bersama beberapa orang lagi aktivis reformasi.

Selepas dibebaskan, Zunar kembali menghidupkan karier kartunnya, terutama yang menyentuh soal politik. Beliau juga sempat menghasilkan beberapa buah buku kartun yang banyak menyentuh mengenai gerakan reformasi yang disertainya.

Sehingga kini beliau masih terus melukis, khususnya untuk akhbar-akhbar milik parti politik, antaranya Harakah.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments