Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

By | 21/10/2010
0 Shared Facebook 0 Google+ 0 Twitter 0 Email -- 0 Shared ×

Tips berguna untuk pemilik iPhone 4

Author : EiNS

1. Sync file kepada iPhone tanpa perlu iTunes

Saya sangat benci iTunes, sebab iTunes versi windows sangat bloated, berat, penuh bugs dan selalu hang dan crash. Kalau install iTunes dia makan space banyak gila dalam hard disk, pulak tu install crapware lain sekali cam Quicktime, Apple Software Updater dan bermacam-macam lagi.

Tapi tanpa iTunes agak bermasalah terutamanya ketika hendak sync music dan lain-lain file.

Alternativenya; anda boleh cuba sync music menggunakan Mozilla Songbird. Mozilla Songbird ialah pemain muzik yang hebat dan dicipta oleh pembuat Firefox iaitu Mozilla. (link)

Satu lagi alternatif ialah: Copytrans Manager, membolehkan anda copy lagu dan video ke dalam iPhone dengan mudah. (link)

2. Tips menjimatkan penggunaan bateri iPhone 4

iPhone 4 sangat lemah dari segi battery life, boleh dikatakan hari-hari kena charge kalau penggunaan kerap. Ini tips jika anda mahu bateri iPhone 4 tahan lebih lama daripada biasa.

GPS boleh menghabiskan bateri dengan cepat. Oleh itu kalau tak perlu jangan suka2 buka apps yang pakai GPS. Selain itu turn off beberapa fungsi berikut jika tidak perlu; Bluetooth, 3G dan Wifi. Atau kalau tak pakai phone boleh jadikan iPhone 4 dalam Airplane Mode.

Screen brightness juga tidak perlu set kepada 100%. Buat 50-70% untuk menjimatkan bateri.

Tutup apps yang ada dalam background, iaitu app yang telah diminimized ketika multitasking.

Sekurang-kurangnya 5%-20% bateri iPhone 4 dapat dijimatkan dengan tips ini.

3. Tangkap screenshot dengan mudah

Tak perlu install apa-apa apps untuk screen capture pada iPhone. Hanya perlu tekan butang fizikal LOCK + MENU secara serentak dan screenshot akan disave dalam picture roll.

Picture adalah disimpan dalam format PNG dengan resolution 640×960.

4. App percuma setiap hari

AppShopper ialah aplikasi iPhone untuk menunjukkan senarai app dan games yang percuma untuk anda dan senarai app diupdate setiap jam bagi memudahkan pengguna.

Separa wajib install kepada sesiapa yang gemar mendownload Apps.

5. Game percuma setiap hari

Dengan OpenFeint Spotlight anda boleh ketahui apakah game premium yang boleh didownload secara percuma setiap hari.

Contohnya, game yang biasanya berharga $2.99 diturunkan harga kepada percuma untuk masa yang terhad. Spotlight boleh menunjukkan senarai2 game tersebut dengan muda.

Selain itu, anda boleh follow blog Daily iPhone Blog (link) kerana blog ini sentiasa update dengan game2 percuma untuk iPhone.

6. Kamera yang lebih baik untuk iPhone

Kamera iPhone kekurangan beberapa option dan effect. Saya suggest anda installGorillacam (kiri) dan SuperCamera (kanan) untuk meningkatkan kualiti gambar yang diambil.

7. Cut lagu untuk buat ringtone di iPhone

App RMaker boleh cut/trim lagu untuk buat ringtone jadi tak perlu susah2 cut lagi di komputer anda. Percuma dan boleh download di App Store.

8. Kawal iPhone menggunakan suara

Voice Control default pada iPhone sangat cikai dan langsung tak accurate. Saya cuba try app Vlingo, sangat cool sebab dengan suara boleh dial number, selain itu update status facebook dan twitter pun boleh jugak.

9. Search

Jika anda install banyak apps, makin banyak page dan folders yang anda gunakan jadi nak cari satu-satu apps tu kadang kala keliru mana satu.

Jadi, cara mudah gunakan fungsi search untuk cari apps yang anda install. Tiada lagi pening-pening nak cari.

0 Shared Facebook 0 Google+ 0 Twitter 0 Email -- 0 Shared ×