Posts tagged Politik
Kartun Zunar
Zunar / Malaysiakini
Karya kartun Zunar memang tidak asing lagi dalam dunia sepak terajang politik di Malaysia.

Penghasilan karya beliau banyak berkisar tentang isu-isu semasa, suasana sepak terajang politik di Malaysia. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau menerima tekanan dari pelbagai pihak, hingga beberapa kali telah “cuba” disaman, diheret ke mahkamah. Namun semangat Zunar untuk terus berkarya tidak pernah luput, malahan semakin menaikkan semangat beliau.
Berikut antara karya Zunar yang saya simpan, seluruh koleksi Zunar untuk Malaysiakini.com
Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet

Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet
Ini adalah Laporan penuh bajet.
Berikut ialah inti pati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:
Empangan Bakun: Satu Projek Pembaziran yang tidak diakui?
Kompilasi: TJ
Latar belakang Projek Bakun 
Projek Bakun yang terletak di Sarawak di luluskan oleh Kabinet pada tahun 1986. Kos permulaan dijangkan pada kadar RM13.5 Billion yang merangkumi kawasan seluar 69,000 ekar setelah kajian di buat oleh SMA Konsortium bagi pihak German Agency of Technolgy Cooperation (GTE).
Projek ini mengakibatkan lebih 10,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut di pindahkan dan ia dijangka boleh menjanakan 2,400 MW elektrik.
Pada tahun 1990, projek tersebut dihentikan kerana desakan dari pelbagai pihak dan juga kewangan Negara yang meruncing.
Namun ia diteruskan pada 1993 tetapi kosnya telah dipotong menjadi separuh dari apa yang telah di cadangkan pada awalnya dan pada 1994, projek tersebut di berikan kepada EKRAN Berhad milik Ting Pek King, salah sebuah syarikat bertempat di Sarawak dengan kaedah direct negation tanpa sebarang pembukaan tender. (ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad)
ISA: Pandangan dari sisi undang-undang Jenayah Malaysia dan Syariah Islam
Tok Janggut (TJ) 
ISA: Pandangan dari sisi undang-undang Jenayah Malaysia dan Syariah Islam
Oleh:
Tok Janggut LLB (hons) UK
Pendahuluan
Secara umumnya, ISA bukan lah isu baru untuk diperbincangkan. Pada hemat saya, selagi mana pemerintah masih melihat ISA sebagai satu “insuran” sebagai satu undang-undang untuk menyelamatkan dirinya, ia tidak akan di ubah bagi memenuhi kepentingan umum. Dan sekiranya ia di gubal sekalipun, sebagaimana penggubalannya sebelum ini yang berlaku sebanyak 15 kali (Lihat Panduan Undang-Undang Am, Jilid I, International Law Book Services, K. Lumpur, 1998, m.s: 177), ia tetap akan di bentuk mengikut neraca yang memberi kelebihan kepada mereka yang berkepentingan.
