Posts tagged Perdana Menteri

Perbahasan Belanjawan 2012 – Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim Blog

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

MUKADIMAH

Tan Sri Yang Di Pertua

  • Izinkan saya merujuk kepada pembentangan ”Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.
  • Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat.
  • Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus.
  • Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.
  • Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut ,“Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud Keadilan tersebut. m/s 82)
  • Makanya saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, usaha-usaha Reformasi Politik dan Institusi yang digarap Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Antaranya adalah: (more…)

Intipati Bajet 2012

Malaysiakini

Najib umum bajet p’raya bela rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu  merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema “Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan. (more…)

Kartun Zunar

Zunar / Malaysiakini

Karya kartun Zunar memang tidak asing lagi dalam dunia sepak terajang politik di Malaysia.

Penghasilan karya beliau banyak berkisar tentang isu-isu semasa, suasana sepak terajang politik di Malaysia. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau menerima tekanan dari pelbagai pihak, hingga beberapa kali telah “cuba” disaman, diheret ke mahkamah. Namun semangat Zunar untuk terus berkarya tidak pernah luput, malahan semakin menaikkan semangat beliau.

Berikut antara karya Zunar yang saya simpan, seluruh koleksi Zunar untuk Malaysiakini.com

(more…)

Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet

Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet

Salam;

Ini adalah Laporan penuh bajet.

Berikut ialah inti pati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:

(more…)

Empangan Bakun: Satu Projek Pembaziran yang tidak diakui?

Kompilasi: TJ

Latar belakang Projek Bakun
Projek Bakun yang terletak di Sarawak di luluskan oleh Kabinet pada tahun 1986. Kos permulaan dijangkan pada kadar RM13.5 Billion yang merangkumi kawasan seluar 69,000 ekar setelah kajian di buat oleh SMA Konsortium bagi pihak German Agency of Technolgy Cooperation (GTE).

Projek ini mengakibatkan lebih 10,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut di pindahkan dan ia dijangka boleh menjanakan 2,400 MW elektrik.

Pada tahun 1990, projek tersebut dihentikan kerana desakan dari pelbagai pihak dan juga kewangan Negara yang meruncing.

Namun ia diteruskan pada 1993 tetapi kosnya telah dipotong menjadi separuh dari apa yang telah di cadangkan pada awalnya dan pada 1994, projek tersebut di berikan kepada EKRAN Berhad milik Ting Pek King, salah sebuah syarikat bertempat di Sarawak dengan kaedah direct negation tanpa sebarang pembukaan tender. (ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad)

(more…)

Go to Top