Posts tagged Isu Semasa

Kartun Zunar

Zunar Fan Club / Zunar / Malaysiakini

Karya kartun Zunar memang tidak asing lagi dalam dunia sepak terajang politik di Malaysia.

Penghasilan karya beliau banyak berkisar tentang isu-isu semasa, suasana sepak terajang politik di Malaysia. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau menerima tekanan dari pelbagai pihak, hingga beberapa kali telah “cuba” disaman, diheret ke mahkamah. Namun semangat Zunar untuk terus berkarya tidak pernah luput, malahan semakin menaikkan semangat beliau.

Berikut antara karya Zunar yang saya simpan, seluruh koleksi Zunar untuk Malaysiakini.com

(more…)

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi

RON97, minyak tanah naik 10 sen lagi

Harga petrol RON97 dan minyak tanah masing-masing naik 10 sen seliter mulai tengah malam ini, kata Presiden Persatuan Penjual Petrol Malaysia (PDAM), Datuk Hashim Othman.

Katanya, ekoran kenaikan itu, harga petrol RON97 naik kepada RM2.40 seliter manakala minyak tanah kepada RM2.50 seliter.

(more…)

Petrol Ron 97 Naik 5sen ; Tidak Akan Umum

Naik 5 sen

Selasa 2 Nov 2010

Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut. Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan. Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

(more…)

Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet

Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet

Salam;

Ini adalah Laporan penuh bajet.

Berikut ialah inti pati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:

(more…)

Empangan Bakun: Satu Projek Pembaziran yang tidak diakui?

Kompilasi: TJ

Latar belakang Projek Bakun
Projek Bakun yang terletak di Sarawak di luluskan oleh Kabinet pada tahun 1986. Kos permulaan dijangkan pada kadar RM13.5 Billion yang merangkumi kawasan seluar 69,000 ekar setelah kajian di buat oleh SMA Konsortium bagi pihak German Agency of Technolgy Cooperation (GTE).

Projek ini mengakibatkan lebih 10,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut di pindahkan dan ia dijangka boleh menjanakan 2,400 MW elektrik.

Pada tahun 1990, projek tersebut dihentikan kerana desakan dari pelbagai pihak dan juga kewangan Negara yang meruncing.

Namun ia diteruskan pada 1993 tetapi kosnya telah dipotong menjadi separuh dari apa yang telah di cadangkan pada awalnya dan pada 1994, projek tersebut di berikan kepada EKRAN Berhad milik Ting Pek King, salah sebuah syarikat bertempat di Sarawak dengan kaedah direct negation tanpa sebarang pembukaan tender. (ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad)

(more…)

Go to Top