Posts tagged Ekonomi
Petrol Ron 97 Naik 5sen ; Tidak Akan Umum
Selasa 2 Nov 2010
Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai esok. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan. Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.
Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut. Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan. Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.
Proton Inspira – 1,100 bookings and counting
UPDATE : Proton Inspira Launch ; 10 November 2010
(click title to read latest news)
Petikan-petikan berita, gambar, pandu uji Proton Inspira. 
KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Proton Holdings Bhd (Proton) telah menerima lebih 1,100 tempahan bagi model terbaharunya, Inspira, menjelang pelancaran sedan eksekutif empat pintu itu pada 10 November ini.
Pengeluar kereta nasional itu dalam satu kenyataan Isnin berkata bilik pamerannya di seluruh negara telah menerima banyak pertanyaan daripada pembeli kereta dan ramai yang telah membuat bayaran tempahan RM1,000 bagi kenderaan tersebut sejak pelancaran awalnya pada 21 Oktober.
Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet

Bajet 2011: Laporan Penuh Bajet
Ini adalah Laporan penuh bajet.
Berikut ialah inti pati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini:
Empangan Bakun: Satu Projek Pembaziran yang tidak diakui?
Kompilasi: TJ
Latar belakang Projek Bakun 
Projek Bakun yang terletak di Sarawak di luluskan oleh Kabinet pada tahun 1986. Kos permulaan dijangkan pada kadar RM13.5 Billion yang merangkumi kawasan seluar 69,000 ekar setelah kajian di buat oleh SMA Konsortium bagi pihak German Agency of Technolgy Cooperation (GTE).
Projek ini mengakibatkan lebih 10,000 penduduk di sekitar kawasan tersebut di pindahkan dan ia dijangka boleh menjanakan 2,400 MW elektrik.
Pada tahun 1990, projek tersebut dihentikan kerana desakan dari pelbagai pihak dan juga kewangan Negara yang meruncing.
Namun ia diteruskan pada 1993 tetapi kosnya telah dipotong menjadi separuh dari apa yang telah di cadangkan pada awalnya dan pada 1994, projek tersebut di berikan kepada EKRAN Berhad milik Ting Pek King, salah sebuah syarikat bertempat di Sarawak dengan kaedah direct negation tanpa sebarang pembukaan tender. (ruj: http://en.wikipedia.org/wiki/Mahathir_bin_Mohamad)



