Posts tagged Ekonomi

Perbahasan Belanjawan 2012 – Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim Blog

Ucapan Perbahasan Belanjawan 2012 oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

MUKADIMAH

Tan Sri Yang Di Pertua

  • Izinkan saya merujuk kepada pembentangan ”Bajet 2012” oleh PM selaku Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2011 lalu.
  • Lazimnya Belanjawan dilakar dengan maksud memacu pertumbuhan ekonomi mampan serta menjamin kesateraan rakyat.
  • Namun setelah meneliti cadangan cadangan yang dibentangkan terdapat kekurangan pertimbangan dasar dan program khusus.
  • Permasalahan pokok dan sebarang rencana ekonomi tidak terlepas dari isu tatakelola pentadbiran yang baik. Hambatan besar bagi mana-mana ekonomi termasuklah ekonomi kukuh sekalipun adalah soal keutamaan dan kewibawaan institusi.
  • Amartya Sen dalam bukunya The Idea of Justice ada menyebut ,“Any theory of justice has to give an important place to the role of institutions, so that the choice of institutions cannot but be a central element in any plausible account of justice.” (Sebarang teori perihal Keadilan tidak dapat tidak mestilah memberi keutamaan kepada peranan institusi supaya institusi yang dipilih itu menjadi teras kepada maksud Keadilan tersebut. m/s 82)
  • Makanya saya berhasrat untuk mengulangi dalam Dewan Yang Mulia ini, usaha-usaha Reformasi Politik dan Institusi yang digarap Pakatan Rakyat seperti yang terkandung dalam Belanjawan Pakatan Rakyat 2012. Antaranya adalah: (more…)

Intipati Bajet 2012

Malaysiakini

Najib umum bajet p’raya bela rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Belanjawan 2012, belanjawan yang kedua di bawah tempoh pelan pembangunan lima tahun Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

Berpakaian baju Melayu  merah hati, Najib yang juga menteri kewangan mula berucap pada pukul 4 petang di Dewan Rakyat dengan tema “Belanjawan Transformasi: Membela Rakyat, Mensejahtera Negara”.Ucapan perdana menteri disiarkan langsung melalui stesen radio dan televisyen utama.Belanjawan 2012 dilihat dokumen yang menggariskan strategi kerajaan menjayakan agenda transformasi negara ke arah mencapai status negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.

Setelah memperkenalkan Program Transformasi Kerajaan, Program Transformasi Ekonomi dan langkah-langkah transformasi politik, pembentangan Belanjawan 2012 dianggap memenuhi keperluan menjayakan hasrat Gagasan 1Malaysia.

Dewan Rakyat dijadual mula membahaskan Belanjawan 2012 minggu depan. (more…)

Malaysia Facing the Biggest Brain Drain?

BERSIH 2.0? Malaysian Brain Drain? Malaysian Tipping Point?

 

9 Julai 2011 lalu, perhimpunan BERSIH 2.0 menjadi suatu perbincangan hangat, tak kira di TV, suratkhabar mahupun di kalangan blogger serta ahli dari pelbagai forum di internet.

Yang menyokong, yang mengecam, dan tak kurang hebat yang menipu pelbagai fakta nyata boleh kita lihat bermula dari petang 9 Julai. Malang dan menyedihkan bila pemerintah melalui menteri dan tak kurang perdana menteri sendiri serta termasuk ketua polis negara, sama ada terpaksa, dengan sengaja, atau tersalah maklumat mengeluarkan kenyataan media yang amat jelas mengelirukan atau dalam kata lain, menipu!

Di internet, banyak perbincangan berputar tentang  mempersoal cara pihak berkuasa, polis & fru bertindak, tentang penipuan media, mereka yang hadir, cedera, dikasari dan lain, termasuk juga pelbagai hujah dan perbincangan dari mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut, mempersoal tentang kerugian peniaga, ketakutan pelancong asing, pelabur asing yang lari, dan lain-lain, terselit beberapa perbincangan yang amat menarik untuk difikir dan dikaji bersama.

Berikut adalah petikan perbincangan yang di ambil dari BDN, sebuah forum berbahasa Melayu.

——————

Foreign investor dah lama ‘bypass’ malaysia.. kalau dulu zaman mahathir – malaysia ni adalah ‘darling’ di kalangan negara south east asia, tapi sejak pak lah – tidak lagi..! lepas tu dasar2 najib juga – menyebabkan lebih banyak foreign investor yg sedia ada pack up and go.. dan yg baru meninjau2 pun tak jadi bukak kat sini..

Sekarang ni – bukan hanya foreign investor saja yg dah bypassed dan yg ada sini tinggalkan malaysia- kita punya cerdik pandai pun dah semakin ramai meninggalkan malaysia.. sampaikan Malaysia kini duduk dalam list Top-10 Countries Facing the Biggest Brain Drain.

Kenapa begitu kenapa makin ramai malaysian sendiri tinggalkan malaysia..? 

(more…)

Malaysian Green Car – Saga EV

The UTM/Proton-developed EV Saga breaks cover – ANTHONY LIM

Ahead of the Kuala Lumpur International Motor Show’s opening, Proton and Universiti Technology Malaysia today previewed the EV Saga plug-in electric vehicle, a collaborative effort that took 11 months to develop.

(more…)

New SAGA 2011 Facelift

UPDATE!!! PRICE inside~

(more…)

Go to Top