Posts tagged Datuk Seri Anwar Ibrahim

Malaysia Facing the Biggest Brain Drain?

BERSIH 2.0? Malaysian Brain Drain? Malaysian Tipping Point?

 

9 Julai 2011 lalu, perhimpunan BERSIH 2.0 menjadi suatu perbincangan hangat, tak kira di TV, suratkhabar mahupun di kalangan blogger serta ahli dari pelbagai forum di internet.

Yang menyokong, yang mengecam, dan tak kurang hebat yang menipu pelbagai fakta nyata boleh kita lihat bermula dari petang 9 Julai. Malang dan menyedihkan bila pemerintah melalui menteri dan tak kurang perdana menteri sendiri serta termasuk ketua polis negara, sama ada terpaksa, dengan sengaja, atau tersalah maklumat mengeluarkan kenyataan media yang amat jelas mengelirukan atau dalam kata lain, menipu!

Di internet, banyak perbincangan berputar tentang  mempersoal cara pihak berkuasa, polis & fru bertindak, tentang penipuan media, mereka yang hadir, cedera, dikasari dan lain, termasuk juga pelbagai hujah dan perbincangan dari mereka yang tidak bersetuju dengan perhimpunan tersebut, mempersoal tentang kerugian peniaga, ketakutan pelancong asing, pelabur asing yang lari, dan lain-lain, terselit beberapa perbincangan yang amat menarik untuk difikir dan dikaji bersama.

Berikut adalah petikan perbincangan yang di ambil dari BDN, sebuah forum berbahasa Melayu.

——————

Foreign investor dah lama ‘bypass’ malaysia.. kalau dulu zaman mahathir – malaysia ni adalah ‘darling’ di kalangan negara south east asia, tapi sejak pak lah – tidak lagi..! lepas tu dasar2 najib juga – menyebabkan lebih banyak foreign investor yg sedia ada pack up and go.. dan yg baru meninjau2 pun tak jadi bukak kat sini..

Sekarang ni – bukan hanya foreign investor saja yg dah bypassed dan yg ada sini tinggalkan malaysia- kita punya cerdik pandai pun dah semakin ramai meninggalkan malaysia.. sampaikan Malaysia kini duduk dalam list Top-10 Countries Facing the Biggest Brain Drain.

Kenapa begitu kenapa makin ramai malaysian sendiri tinggalkan malaysia..? 

(more…)

Video Seks “Datuk T” tersebar di internet

Gejala fitnah satu bala buat umat akhir zaman, iaitu kita semua. Islam telah menyediakan panduan bagi menghadapi situasi seperti hari ini. Namun siapakah yang mahu mengambil pengajaran? Sekiranya kita berpegang teguh pada tali Allah, nescaya selesai dengan mudah dan aman segala kemelut politik, ekonomi, masalah kemasyarakatan yg dihadapi kini. Tapi seperti kita semua tahu, siapa yang mahu mengambil pengajaran dari Quran & Sunnah?

Kita hari ini punya golongan “agama”, ustaz2, ulamak yang bersepah. Namun, ada golongan yang digelar ulamak, tapi lebih rela menyembunyikan ayat-ayat Allah yang mengusik kepentingan diri mereka, hanya sedikit yang berani menyatakan kebenaran. Dan yang sedikit itulah sering ditentang malahan ditutup periuk nasik mereka.

Semoga kita bersyukur dengan nikmat iman yang Allah kurniakan, dan bersama kita berdoa agar pemimpin kita seluruhnya diberi Allah hidayah & kesedaran bagi yang tersesat, moga Allah beri kekuatan bagi mereka yang teguh berjuang utk umat, moga Allah beri semangat pada mereka yang telah hampir berputus asa dan moga Allah selamatkan kita hambaNya yg lemah dan lalai ini dari azabNya.

 

 

‘Ia bukan Anwar’, kata Wan Azizah

 

Abdul Rahim Sabri
Apr 5, 11, 11:08am

Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menafikan dakwaan bahawa beliau adalah lelaki dalam video seks yang sebahagian daripadanya telah disiarkan di internet semalam.

NONEIsteri Anwar yang juga presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kata video itu merupakan “bukti paling jelas” bahawa suaminya bukanlah lelaki yang mengadakan hubungan seks dengan seorang pelacur itu.

Membaca satu kenyataan hari ini, wan Azizah berkata, keluarganya telah memutuskan untuk menonton video

yang disiarkan di Internet itu dan mendapati jelas bahawa susuk badan lelaki berkenaan terlalu berbeza dengan susuk badan Anwar.

Turut hadir di sidang akhbar tersebut ialah pengerusi DAP Karpal Singh, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bapa mertua Anwar, Datuk Wan Ismail Wan Mahmud serta anak sulung ketua umum PKR itu, Nurul Izzah.

 

(more…)

Kenali individu di sebalik ‘Datuk T’

Sebaik sahaja skandal video seks yang didakwa membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim didedahkan Isnin lalu, tumpuan orang ramai adalah siapakah dalang di sebalik pita itu.

NONEWalaupun pelbagai nama dikemukakan, namun tugas mengenali mereka semakin mudah apabila pada pagi Rabu lalu, ahli parlimen PKR Sungai Petani, Datuk Johari Abdul mendakwa bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah adalah mereka di sebalik video itu.

Beberapa jam selepas itu, Rahim dan Eskay pula tampil dan mendakwa mereka bersama bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim adalah ‘Datuk T’ yang bertanggungjawab di sebalik semua pendedahan itu. (more…)

Video Seks Anwar?

Topik berkaitan isu video seks :

Datuk T, Video dan dot dot dot

Kenali Individi di sebalik Datuk T

Eskay: ‘Saya dalam video itu’

 

“Saya dalam video itu”.

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah – yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T – apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

NONEShazryl (kiri) yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

“T ini (merujuk pada) trio, three,” kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA.

Sahabat setiakawan

Shuib bagaimanapun tidak hadir.

Ditanya mengenai siapakah Datuk T (more…)

Go to Top