Posts tagged Dato' Dr. Siddiq Fadzil

DEMOKRASI, PLURALITI DAN PRU-13

525302_519900821395354_1066780307_n

DEMOKRASI, PLURALITI DAN PRU-13

Siddiq Fadzil
Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
(Teks ucapan di Konvensyen Pencerdasan Rakyat, di Dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, pada 9 Mac 2013).

Pilihanraya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia harus disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat, yang bukan lagi “suara anjing menyalak bukit”, tetapi suara berdaulat yang membawa kata putus, sebagai aktualisasi prinsip al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah sumber kekuasaan). Tetapi pilihan raya hanya akan benar-benar menjadi hari kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa tanggungjawab.

Dalam kaitan inilah relevannya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian dan pilihan yang tepat. Dengan demikian barulah pilihan raya dapat menjadi mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.

Demokrasi dan Media

Dalam era kekuasaan media, rakyat seringkali (more…)

Seminar Media Arus Perdana dan Etika Kewartawanan

ABIM Akan Anjur Seminar Media Arus Perdana dan Etika Kewartawanan, 19 Mei 2012

 

Media merupakan agen ataupun faktor utama yang mempengaruhi persepsi masyarakat massa di peringkat akar umbi. Dalam konteks politik semasa yang dilatari dengan pelbagai isu seperti tuduhan perilaku tidak bermoral tokoh-tokoh politik tertentu yang didedahkan oleh sebuah akhbar harian utama di negara ini baru-baru ini, dan polemik keharmonian hubungan serta persefahaman di antara pelbagai kaum dan agama, media merupakan wahana penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap isu-isu berkenaan.

Kemampuan manusia untuk berfikir merupakan anugerah yang paling besar. Dengan kemampuan tersebut, manusia menyesuaikan diri dengan alam persekitaran yang senantiasa berubah-ubah, termasuk mencipta teknologi yang membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Apabila memasuki abad ke-21 ini, tekonologi media semakin berkembang dan dunia semakin kecil. Istilah seperti (more…)

Nota Kuliah Tafsir Maudhuiyy Siri ke 62 – Dato’ Dr Siddiq Fadzil

Download PDF

TM62

AL-AMR BI ‘L-MA`RUF WA ‘N-NAHY  `ANI ‘L-MUNKAR:

WATAK  DAN  JATI DIRI MUSLIM

  

 

 

يــــــــــبنيّ أقم الصلاة وأمر بالمعروف وانه عن المنكر واصبر على مآأصابك،

إنّ ذلك من عزم الأمور.

Hai anakku,  dirikanlah  solat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik  dan  cegahlah   (mereka)  dari  perbuatan yang  mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.  Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah).

       

Ayat 17 surah Luqman di atas  adalah antara pesan kependidikan Luqman al-Hakim  yang mengaspirasikan generasi  berkualiti pengabdi Ilahi  dan sekaligus memiliki kepedulian sosial yang tinggi.      Generasi  yang setia melaksanakan solat dan komited terhadap terhadap misi amar  makruf-nahi munkar adalah generasi anak salih, agen  pembinaan  al-mujtama` al-salih,    masyarakat bersih dalam pengertian  masyarakat yang dibangun di atas nilai-nilai  murni kemakrufan dan terhindar dari segala gejala  kemungkaran.

Luqman adalah penerima kurnia  hikmah ketuhanan yang ditampilkan untuk mengungkapkan prinsip-prinsip pendidikan rabbani.    Apabila beliau menempatkan amar makruf nahi munkar selepas printah (pendidikan) solat,  yang terkesan adalah peri pentingnya  amar makruf nahi munkar sebagai salah satu prinsip asasi  pendidikan.   Demikianlah,  di mata seorang al-hakim (pemilik wisdom ketuhanan)  generasi  ideal yang harus dibina dalam (more…)

Kuliah Tafsir Maudhuiyy

Kuliah Tafsir Maudhuiyy kali Ke-58


Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy yang dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil. Berikut adalah butiran siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy kali Ke-58:-

 

Tarikh : 5 April 2011 @ 1 Jamadil Awwal 1432 (Selasa)

Masa : 8:30 Malam

Pengkuliah : Ybhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH))

Tempat : Dewan Besar Kolej Dar Al-Hikmah, Kompleks Dar Al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Rakaman Kuliah kali ke-58

Nota Kuliah ke-58

(more…)

Go to Top