Posts tagged ABIM

Seminar Media Arus Perdana dan Etika Kewartawanan

ABIM Akan Anjur Seminar Media Arus Perdana dan Etika Kewartawanan, 19 Mei 2012

 

Media merupakan agen ataupun faktor utama yang mempengaruhi persepsi masyarakat massa di peringkat akar umbi. Dalam konteks politik semasa yang dilatari dengan pelbagai isu seperti tuduhan perilaku tidak bermoral tokoh-tokoh politik tertentu yang didedahkan oleh sebuah akhbar harian utama di negara ini baru-baru ini, dan polemik keharmonian hubungan serta persefahaman di antara pelbagai kaum dan agama, media merupakan wahana penting dalam membentuk persepsi masyarakat terhadap isu-isu berkenaan.

Kemampuan manusia untuk berfikir merupakan anugerah yang paling besar. Dengan kemampuan tersebut, manusia menyesuaikan diri dengan alam persekitaran yang senantiasa berubah-ubah, termasuk mencipta teknologi yang membantu dalam pelbagai aspek kehidupan. Apabila memasuki abad ke-21 ini, tekonologi media semakin berkembang dan dunia semakin kecil. Istilah seperti (more…)

Kebebasan Akademik : Sebebas Mana?

Yuran Masuk : PERCUMA

Jemputan Terbuka Kepada Semua Yang Berminat

Siaran Langsung : KLIK

Kuliah Tafsir Maudhuiyy

Kuliah Tafsir Maudhuiyy kali Ke-58


Wadah Pencerdasan Umat (WADAH), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) & Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) akan menganjurkan Siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy yang dipimpin oleh Dato’ Dr. Siddiq Fadzil. Berikut adalah butiran siri Kuliah Tafsir Maudhuiyy kali Ke-58:-

 

Tarikh : 5 April 2011 @ 1 Jamadil Awwal 1432 (Selasa)

Masa : 8:30 Malam

Pengkuliah : Ybhg. Dato’ Dr. Siddiq Fadzil (Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH))

Tempat : Dewan Besar Kolej Dar Al-Hikmah, Kompleks Dar Al-Hikmah, Sg. Ramal Dalam, Kajang, Selangor

Rakaman Kuliah kali ke-58

Nota Kuliah ke-58

(more…)

Video Seks Anwar?

Topik berkaitan isu video seks :

Datuk T, Video dan dot dot dot

Kenali Individi di sebalik Datuk T

Eskay: ‘Saya dalam video itu’

 

“Saya dalam video itu”.

Begitu pengakuan ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah – yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T – apabila ditanya sama ada beliau yakin Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan orang dalam video seks yang ditayangkan kelmarin.

NONEShazryl (kiri) yang mengakui bekas sahabat Anwar bagaimanapun enggan menjelaskan apakah peranannya ketika adegan itu berlaku.

Beliau juga enggan mendedahkan di bahagian mana gambar beliau dilihat dalam rakaman itu kerana ia sudah menjadi kes polis.

Menurut seorang pemberita yang menonton video itu, selain seorang wanita dan lelaki mirip Anwar, terdapat seorang lagi dilihat di permulaan video itu. Bagaimanapun, bahagian mukanya tidak kelihatan.

Shazryl hari ini tampil dalam sidang media bersama bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Rahim Thamby Chik bagi menjelaskan persoalan berhubung identiti Datuk T.

Menariknya, Rahim menjelaskan, Datuk T bukanlah individu, sebaliknya merujuk kepada tiga kawan baik.

“T ini (merujuk pada) trio, three,” kata Rahim sambil menambah seorang lagi adalah Datuk Shuib Lazim yang juga bendahari Pertubuhan Pribumi Perkara PERKASA.

Sahabat setiakawan

Shuib bagaimanapun tidak hadir.

Ditanya mengenai siapakah Datuk T (more…)

Timur Tengah : Demokrasi & Hak Rakyat

KRISIS TIMUR TENGAH: HORMATI HAK RAKYAT DAN TEGAKKAN DEMOKRASI

Dunia Timur Tengah kini dalam keadaan bergolak. Sejak sebulan yang lalu, masyarakat antarabangsa telah dikejutkan dengan peristiwa bantahan dan tunjuk perasaan terbuka rakyat di negara Tunisia dan Mesir terhadap pemerintah dan kerajaan mereka. Tunjuk perasaan dan bantahan tersebut adalah satu bentuk gambaran tentang ketidakpuasan hati dan kekecewaan masyarakat terbanyak di negara tersebut terhadap tatakelola kerajaan terutama di dalam proses urustadbir negara yang lemah dan menekan sehingga rakyat terbanyak tidak mendapat ruang kebebasan dan pembelaan di dalam aspek kebajikan dan pembangunan kehidupan harian.

(more…)

Go to Top