Krisis Mesir – Terkini!

By | 01/02/2011
2 Shared Facebook 0 Google+ 0 Twitter 2 Email -- 2 Shared ×

 

Terkini : Mubarak Letak Jawatan ; Tentera Ambil Alih

Forum Isu Semasa : Analisis Perkembangan Terkini di Timur Tengah.

01/02/2011 8pm-11pm
Panelis:
Prof Dr Redzuan Othman (Dekan Fakulti Sains Sosial, Universiti Malaya & Penganalisis Politik Timur Tengah).
Ahmad Azam Abdul Rahman (Pengerusi Suruhanjaya Sosial, Kemanusiaan dan Perpaduan Kesatuan NGO-NGO Islam Sedunia (UNIW), Naib Presiden Wadah Pencerdasan Ummah (WADAH).
 

Tonton Rakaman Offline

Salinan Slide boleh download : (1)Slide Prof. Dr Redzuan(2)Slide Ahmad Azam Abdul Rahman

-ABIM/WADAH/PKPIM

AirAsia sedia pesawat A340, A330 bawa pulang rakyat

02/02/2011 10:00PM

SEPANG 2 Feb. – Syarikat penerbangan AirAsia akan menyediakan pesawat jenis A340 dan A330 bagi membawa pulang warga Malaysia ke tanah air dari Jeddah, Arab Saudi.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia, Datuk Kamaruddin Meranun berkata, setiap pesawat boleh memuatkan kira-kira 300 penumpang pada satu-satu masa.

Syarikat penerbangan itu juga telah menyediakan pesawat A320 dengan kapasiti 180 penumpang sebagai “shuttle” dari Kaherah ke Jeddah, katanya.

Kamaruddin berkata, pesawat A320 akan berulang alik selama empat kali sehari bagi memindahkan warga Malaysia ke Jeddah, tempat transit sementara sebelum warga Malaysia dibawa pulang ke tanah air.

Kamaruddin bercakap kepada media sebelum berlepas ke Mesir dengan menaiki pesawat A320 tersebut bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail; dan Ketua Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Selain AirAsia, tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sudah pun berlepas ke Mesir hari ini dan sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747 yang boleh membawa 285 penumpang pula akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok. – Bernama

-Utusan Online

Lebih 7,000 pelajar kita di Mesir berjaya hubungi – KPT

02/02/2011 8:57pm

KUALA LUMPUR 2 Feb. — Kementerian Pengajian Tinggi setakat ini berjaya menghubungi lebih 7,000 daripada 11,319 pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir dan kesemua mereka kini berada dalam keadaan selamat serta terkawal.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata baki pelajar lain yang tidak dapat dihubungi merupakan pelajar dalam bidang pengajian Islam dan tinggal di Mesir antara lima dan lapan tahun.

“Kita tidak dapat menghubungi mereka kerana kebanyakan mereka tidak berdaftar… yang pelajar perubatan kita tahu kerana sebahagian besarnya ditaja,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Biasiswa Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau meminta ibu bapa dan keluarga para pelajar supaya menghubungi pegawai-pegawai kementerian untuk membantu usaha menyelamatkan anak-anak mereka.

Mereka boleh menghubungi Pemangku Ketua Pegarah Jabatan Pengajian Tinggi Malaysia, Prof. Dr Rujhan Mustafa melalui talian 019-270 8222, Pengarah Bahagian Pemasaran Pendidikan Dr Syed Alwee Shekh Alsagoff (019-752 0672) dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Jabatan Penuntut Malaysia di talian 012-931 6172. — Bernama

-Utusan Online

Tiga pesawat TUDM berlepas ke Mesir

Feb 2, 11 11:25am

Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu.

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.

“Pukul 12 ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung, dan lain-lain lagi,” kataya ketika dihubungi Bernama.

Katanya kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.

“…sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya.

Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan memutuskan untuk membawa keluar pelajar-pelajar Malaysia dari Mesir menerusi jalan laut dan udara berikutan pergolakan di negara itu yang semakin meruncing.

Perdana Menteri berkata keputusan itu dibuat setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay dan turut disertai Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Sahlan Ismail.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.

-Malaysiakini

Berita/blog dari pelbagai sumber…

Gambar-gambar

(1) Protest spreads in the Middle East

(2) A harrowing, historic week in Egypt


Blog : Krisis Mesir – Nasib Pelajar Kita

update 12:05pm 31/1/2011 (Isnin) GMT +8

laporan dari Lapangan Tebang Kaherah:

1. semua fligh ke luar mesir telah dibatalkan

2. semua flight masuk ke mesir tidak dapat dipastikan
3. harga ticket melambung sehingga 7 kali ganda
4. huru hara kat airport, dibanjiri manusia
5. dalam masa 24 jam, sekirang tidak ada perubahan terhadap jadual penerbangan, pelajar malaysia yg berada di airport akan bergerak pulang ke negeri masing2..

sumber: Tg Afiq Silahudeen, dilaporkan oleh: Azizi Al Fahri

laporan tambahan:

kwn ana call dr mansurah td..die ckp nk call sesame sendiri pon xleh..td ade perbncngan katenye..hany separuh je yg dpt blik…katenye budak jpa dan budak mara je yg akan dpt balik.


Berita Harian

Tinggalkan sementara Mesir
Oleh Veena Rusli
veena@bharian.com.my
2011/01/30

ORANG ramai berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah menunggu masa berlepas.

Kedutaan di Amman, Riyadh dan Tripoli digesa bantu 11,000 warga Malaysia

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.

Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.

Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.

“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.

“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu,” katanya.

Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan.

Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang.

Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.

Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

KOTA KINABALU: Rakyat Malaysia di Mesir akan dibawa keluar sementara ke tiga negara jiran jika keselamatan mereka terancam susulan keadaan yang semakin tegang di negara itu.Persetujuan sudah dicapai bagi rakyat Malaysia dibawa ke Amman, Jordan; Riyadh, Arab Saudi dan Tripoli, Libya sebagai pelan kecemasan, manakala lokasi berhimpun sebelum pergerakan ditetapkan di bandar Panta, di selatan Kaherah, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.Katanya, kakitangan kedutaan di tiga negara berkenaan sudah dimaklumkan mengenai keputusan itu dan bersedia membantu pergerakan keluar rakyat Malaysia kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dengan sebahagian besarnya pelajar.
“Ini adalah keputusan terkini mesyuarat pelbagai jabatan yang memantau rapi perkembangan di Mesir dan akan dilaksanakan jika senario mencapai tahap kritikal. Kedutaan Malaysia di tiga negara terbabit akan menyelaras isu berkaitan tempat tinggal dan makanan jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.
Anifah menegaskan, kerajaan tidak mempunyai halangan jika ada rakyat Malaysia yang mahu meninggalkan Mesir secara sukarela dan atas perbelanjaan sendiri berikutan keadaan huru-hara susulan krisis kepemimpinan di negara itu yang bermula Selasa lalu.
“Bagaimanapun, kita harap semua rakyat Malaysia menghubungi pihak kedutaan di Kaherah supaya kita mengetahui bilangan sebenar mereka di sana. Perangkaan tepat akan memudahkan usaha membawa keluar jika perlu,” katanya. Anifah berkata, perkembangan di Mesir diklasifikasikan pada tahap ‘amaran jingga’ iaitu persediaan membawa keluar rakyat Malaysia dan akan digerakkan sebaik situasi tegang bertukar menjadi ‘amaran merah’ iaitu pemindahan bagi tujuan keselamatan.
Beliau menasihatkan semua pihak bertenang dan menghubungi talian yang disediakan Wisma Putra bagi mengetahui perkembangan ahli keluarga masing-masing dan kerajaan memandang serius tanggungjawab memelihara keselamatan warga Malaysia di luar negara dalam keadaan genting seperti sekarang.
Gelombang kebangkitan menggulingkan Presiden Hosni Mubarak yang mula tercetus pada 25 Januari lalu dilaporkan semakin tegang apabila perintah berkurung dilaksanakan di beberapa bandar utama di Mesir.
Bantahan besar-besaran di Kaherah, Iskandariah, Suez, Dumiyat, Tanta dan Mansoura menyebabkan puluhan menjadi korban manakala ribuan lagi ditangkap dan dilaporkan cedera susulan pertempuran dengan pihak berkuasa.

2 Shared Facebook 0 Google+ 0 Twitter 2 Email -- 2 Shared ×