Japan Earthquake & Tsunami

By | 12/03/2011
0 Shared Facebook 0 Google+ 0 Twitter 0 Email -- 0 Shared ×

[yframe url='http://www.youtube.com/watch?v=e-A0NDsPcZY&feature=player_embedded']

Laporan bergambar (1) Massive earthquake hits Japan – March 11, 2011

An 8.9-magnitude earthquake hit off the east coast of Japan early today. The quake — one of the largest in recorded history — triggered a 23-foot tsunami that battered Japan’s coast, killing hundreds and sweeping away cars, homes, buildings, and boats. Editors note: we’ll post more as the story develops — Lloyd Young (43 photos total)

Laporan bergambar (2) Japan: earthquake aftermath – March 12, 2011

Japan raced to avert a nuclear meltdown today by flooding a nuclear reactor with seawater after Friday’s massive earthquake left more than 600 people dead and thousands more missing. Towns in the country’s northeast coast were literally wiped away by an ensuing tsunami, leaving countless people seeking shelter in the aftermath of the quake, which measured 8.9 on the Richter scale and was the country’s strongest recorded quake. — Lloyd Young 44 photos total)

Laporan bergambar (3) Japan – Vast Devastation – March 14, 2011

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

The vast devastation wrought by the earthquake and resulting tsunami that hit Japan on March 11, 2011, may only be matched by the destroyed lives left in their wake. Few survivors have been found, but families continue to search for their sons, daughters, wives, husbands and friends. Threats of a nuclear reactor meltdown and resulting disaster loom. — Paula Nelson (51 photos total)

 

Laporan bergambar (4) Japan: New fears as the tragedy deepens – March 15, 2011

 

 

 

 

 

 

Continued aftershocks and new earthquakes bring new fears to the survivors of the tragedy. Residents prepare for radiation leaks as the Prime Minister asks everyone to remain indoors – in their homes, their offices and shelters. Ninety one countries have offered help to Japan. Search and rescue and recovery continue in the devastated landscape. The death toll rises, but some hope is realized in the reunions of family and friends. –
Paula Nelson (52 photos total)

 

Laporan bergambar (5) Japan: Hopes fade for finding more survivorsMarch 17, 2011

 

 

As officials desperately tried to prevent disaster at a damaged nuclear facility, hopes faded for finding survivors amid the rubble as snow and cold blanketed the areas most affected by the earthquake and tsunami in northeast Japan. Residents were allowed back into damaged areas for the first time since the disaster to inspect what might be left of their homes. And flights out of Japan were full as foreign nationals and others left the country. The Big Picture continues special daily coverage of the disaster through tomorrow, with later updates anticipated as events merit. — Lane Turner (27 photos total)

 

Laporan bergambar (6) Japan: One week laterMarch 18, 2011

 

A week after a 9.0 earthquake and resulting tsunami leveled large swaths of northeastern Japan, effects of the disaster are still rippling across the country and the world. Misery of the victims continues unabated, as shelter, food, water, and fuel have become dear. A nuclear facility crisis has both troops and workers scrambling to keep the situation from getting worse, while foreign governments are urging their citizens to evacuate. — Lane Turner (25 photos total)

 

Letupan loji: Kadar radiasi meningkat mendadak

Tahap radiasi lebih tinggi iaitu 400 kali ganda dicatatkan hari ini di wilayah utara ibu negara Jepun, Tokyo selepas gempa bumi memusnahkan loji kuasa nuklear, lapor Kyodo News.

Mengikut Reuters angin perlahan yang bertiup dari loji nuklear Fukushima Daiishi akan memberi kesan ke atas terhadap ke atas Kyoto termasuk Tokyo.

Tahap radiasi kini dilaporkan pada tahap yang boleh mengancam kesihatan dan penduduk yang berada pada radius 30km daripada loji nuklear dinasihatkan berada di dalam rumah.

 

 

 

NONE

Pagi tadi, AFPmelaporkan satu lagi letupan besar kedengaran di reaktor nuklear berlaku di kawasan yang teruk dilanda nuklear awal hari ini, letupan ketiga sejak Sabtu lalu, kata operator loji.

“Ada letupan besar kedengaran di antara jam 6 pagi dan 6:15 pagi di reaktor nombor dua iaitu loji nuklear No 1 Fukushima,” kata jurucakap Tokyo Electric Power Co.

Kerajaan juga melaporkan kerosakan di bahagian bekas yang melindungi reaktor yang sama di Fukushima iaitu 250 kilometer, timur laut Tokyo walaupun tidak pasti sama ada kejadian itu menyebabkan letupan.

Ketua Setiuasaha Kabinet, Yukio Edano pada sidang akhbar berkata, kolam penahan di reaktor nuklear nombor dua mengalami kerosakan.

Sementara itu, agensi berita Kyodo, melaporkan paras radiasi yang dikeluarkan selepas letupan itu melepasi had yang dibenarkan.

Tahap berkenaan dikesan di wilayah Ibaraki iaitu di antara Tokyo dan Fukushima, lokasi loji nuklear itu.

NONEBeberapa pekerja di reaktor Unit 2 juga dibawa keluar.

Letupan itu terjadi ketika jurutera-jurutera Jepun cuba memasukan air laut ke dalam Unit 2 loji tenaga nuklear Fukushima Daiichi selepas paras air pendingin turun, sekali gus mendedahkan rod-rod bahan api uranium.

Lebih 2,400 disahkan terbunuh

Menurut Tokyo Eletcric Power Co, agensi keselamatan telah merekodkan bacaan radiasi yang meningkat sehingga paras 8,217 microsievert sejam pada pukul 8.30 pagi tadi (waktu Jepun) berbanding 1,941 kira-kira 40 minit sebelum itu.

Pihak berkuasa di kompleks tenaga nuklear Fukushima Daiichi, yang rosak teruk ekoran tsunami dan gempa bumi Jumaat lalu, sedang cuba untuk mengelakkan kecairan di ketiga-tiga reaktor yang digunakan.

NONEPihak berkuasa Jepun berkata tahap itu perlu mencapai paras sejuta atau lebih – peringkat yang boleh menyebabkan masalah kesihatan secara besar-besaran.

Tokyo Electric Power Co juga berkata pihaknya sedang membuka injap pada saluran tekanan reaktor untuk memasukkan air laut.

Unit 1 dan Unit 3 juga sebelum ini menyaksikan penurunan paras air tetapi dimasukkan air laut.

Sementara itu, agensi polis Jepun berkata angka kematian rasmi akibat gempa bumi dan tsunami yang melanda perairan timur laut Jepun kini melebihi 2,400 orang.

NONEMenurut jurucakapnya, 2,414 orang disahkan mati manakala 3,118 masih hilang manakala 1,885 mengalami kecederaan selepas bencana alam itu melanda petang Jumaat lalu.

Jumlah kematian sehingga semalam ialah 1,647 orang.

PKR ucap takziah

Dalam perkembangan berkaitan, presiden PKR Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di negara itu yang dilanda bencana gempa bumi dan tsunami pada Jumaat lalu.

NONE“Menginsafi akan bencana gempa bumi dan tsunami yang melanda negara Jepun beberapa hari yang lalu, saya mewakili warga kepimpinan dan akar umbi PKR seluruhnya merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Jepun dan juga rakyat Malaysia yang bermastautin di sana. Tsunami yang diberitakan antara yang terburuk dalam sejarah Jepun jelas merentap sanubari,” kata Wan Azizah dalam satu kenyataan media hari ini.

Katanya, rakyat Malaysia seharusnya mencontohi masyarakat Jepun yang begitu berdisiplin meskipun ketika berhadapan dengan malapetaka besar.

Tahap kesabaran mereka juga sepatutnya menjadi contoh kepada seluruh masyarakat dunia. Kedua-dua ciri penting ini pastinya membolehkan mereka bangkit dengan cepat bagi membina semula bandar-bandar yang musnah teruk.

NONE“Apatah lagi dengan kegigihan dan kesungguhan mereka mengenalpasti kaedah dan strategi serta penyebaran maklumat cepat dan tepat kepada seluruh rakyat, pasti akan membantu.Nyata sekali insiden ini mengundang kesedihan kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga dan sahabat handai.

“PKR mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesabaran dan ketabahan yang tinggi kepada mereka yang terlibat. Semoga kerajaan Jepun cepat menyusun pembangunan semula infrastruktur yang terkesan akibat bencana ini,” katanya.

 

-Malaysiakini

3,200 korban termasuk mangsa hilang di Jepun

14/03/2011 2:48am

 

TOKYO 14 Mac – Jumlah korban akibat tsunami yang melanda Jepun Jumaat lalu meningkat kepada lebih 3,200 orang, menurut agensi polis kebangsaan.

Jumlah itu termasuk mangsa yang masih hilang, pihak berkuasa tempatan menganggarkan jumlah tersebut akan meningkat dari masa ke semasa.

Pihak berkuasa ketika ini telah mengenalpasti sebanyak 1,597 mangsa, 1,481 secara rasminya masih hilang, angka tersebut tidak termasuk 200 hingga 300 mangsa yang telah ditemui di pantai Miyagi. – Dpa

Gempa: 416 rakyat M’sia di Jepun berjaya dihubungi

Setakat pukul 11 malam tadi (12 tengah malam di Jepun), Kedutaan Malaysia di Tokyo telah menghubungi 416 rakyat negara ini yang berada di wilayah paling teruk terjejas akibat gempa bumi dan tsunami di negara itu.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini, berkata kedutaan juga menghubungi rakyat Malaysia yang berada di bahagian lain negara tersebut.

“Kesemua mereka selamat dan tidak ada laporan membabitkan kematian. Rakyat Malaysia di kawasan paling teruk terjejas telah dipindahkan ke kawasan selamat yang ditentukan pihak berkuasa Jepun.

“Laporan menyatakan pihak berkuasa Jepun sedang mengawal keadaan dengan mengambil langkah-langkah perlu,” kata kenyataan itu.

Gempa bumi dengan kekuatan 8.9 pada skala Richter menggegarkan Jepun pada tengah hari Jumaat dan mencetuskan tsunami setinggi 10 meter yang melanda wilayah timur laut negara itu serta mengorbankan sekurang-kurangnya 1,000 orang.

Kenyataan itu berkata Wisma Putra dan kedutaan Malaysia di sana sedang memantau keadaan di negara terbabit.

Malaysia juga menawarkan bantuan menerusi Pasukan Mencari dan Menyelamat Malaysia (Smart) termasuk anjing pengesan, kata kenyataan itu.

Kerajaan Jepun telah menyatakan penghargaan di atas tawaran itu, namun sehingga kini Kementerian Luarnya belum dapat memberi tarikh dan masa untuk Malaysia menghantar pasukan tersebut.

Kenyataan itu juga berkata bilik operasi di Wisma Putra dan di kedutaan di sana beroperasi sepanjang masa sehingga diberitahu kelak.

- Bernama

Ancaman baru, sistem pendinginan reaktor ke-2 gagal

Beribu-ribu orang meninggalkan kawasan loji nuklear Jepun yang dilanda gempa bumi kelmarin, selepas berlaku kebocoran dan pihak berkuasa berdepan dengan

ancaman baru hari ini ekoran kegagalan sistem pendinginan dalam reaktor kedua.

Ketika para pekerja menyimbahkan reaktor terbabit dengan air laut untuk mengelakkan berlaku malapetaka, sebuah lagi reaktor di loji tersebut berdepan dengan masalah.

Operator loji Tepco berkata, pihaknya sedang bersedia untuk melepaskan stim bagi melegakan tekanan dalam reaktor No 3 di loji yang terletak 240km di utara Tokyo itu – yang akan mengeluarkan jumlah kecil radiasi – ekoran letupan dan kebocoran semalam dari reaktor No. 1.

Pada 11 pagi (10 pagi waktu Malaysia) syarikat berkenaan telah memaklumkan kepada kerajaan bahawa tahap radiasi telah mengatasi had selamat di di kawasan tersebut dan menyifatkannya sebagai “keadaan kecemasan”. Tepco bagaimanapun berkata ini tidak bermakna satu ancaman kepada kesihatan manusia.

Pasukan bertungkus lumus untuk menghalang cecair pendingin daripada meruap dan mendedahkan rod bahan api kepada udara, yang boleh mencetuskan kebocoran besar radiasi. Sistem pendingin gagal selepas generator penyokong elektrik rosak dilanda tsunami.


 

Lebih 1,000 dikhuatiri mangsa tsunami

Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi

sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkandaripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun

semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan,

rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi

utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.
Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya

upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.
– Reuters

- Malaysikini

Jumlah Korban Meningkat

Jepun hari ini dilanda gempa bumi berukuran 8.9 magnitud di timur laut negara itu dan menyebabkan tsunami setinggi empat meter yang menghanyutkan kereta dan meruntuhkan bangunan di sepanjang perairan dekat pusat gempa.

Laporan menyebut, malapetaka itu disahkan mengorbankan sekurang-kurangnya 88 nyawa.
Polis menyatakan antara 200 hingga 300 mayat telah dijumpai di bandar Sendai yang terletak di bahagian timur laut Jepun.Kawasan dalam negeri Miyagi itu terletak paling hampir dengan pusat gempa.Selain itu, seramai 349 orang lagi dilaporkan hilang akibat bencana tersebut.

Jumlah berkenaan dijangka akan terus meningkat berdasarkan skala gempa dan tsunami yang terbentuk kali ini.Bencana berkenaan merupakan yang paling buruk melanda Jepun dalam tempoh lebih 100 tahun.

Jumlah kerosakan sedang dinilai dan tiada maklumat lengkap mengenai kecederaan dan kematian yang diperolehi setakat ini.

Gempa bumi itu dilaporkan berlaku pada jam 2.46 petang dan diikuti siri gegaran kuat termasuk 7.4 magnitud kira-kira 30 minit selepas itu.

Susulan itu, satu amaran tsunami dikeluarkan.

Menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS), gegaran itu berlaku kira-kira 130 kilometer di timur Sendai, Honshu pada kedalaman 24 kilometer.
Dilaporkan, sekurang-kurangnya 50 gempa susulan turut berlaku dalam tempoh beberapa jam selepas itu.
Televisyen NHK dan saksi melaporkan, gempa bumi kuat itu turut mengakibatkan kecederaan dan menyebabkan sekurang-kurangnya satu kebakaran serta tsunami setinggi empat meter.
Banyak tempat putus hubungan
Laporan televisyen hari ini menunjukkan kerosakan teruk akibat tsunami, dengan ratusan kereta, bot dan bangunan dihanyutkan air di beberapa tempat sepanjang perairan Jepun.

Antara visual dahsyat yang ditunjukkan melibatkan sebuah kapal besar dihanyutkan tsunami ke arah tembok penampan di bandar Kesennuma, Miyagi.
Tsunami setinggi setinggi 10 meter dilaporkan melanda pelabuhan Sendai dengan ombak yang merosakkan kawasan pertanian dan menghanyutkan rumah, kenderaan dan segala yang berada di laluannya.Keadaan itu juga dilaporkan menyebabkan kejadian tanah runtuh dan kebakaran, termasuk satu pusat penapisan minyak di Chiba berhampiran Tokyo.
Setakat ini bekalan elektrik kepada empat juta penduduk di Tokyo dan kawasan sekitarnya diputuskan.
Kebanyakan laluan di Tohoku yang menyambung ibu negara Jepun itu dengan kawasan utara turut terputus.
Perkhidmatan keretapi ke utara Jepun juga dihentikan manakala lapangan terbang antarabangsa Narita ditutup. Semua penerbangan dihentikan, menyebabkan ribuan penumpang terkandas dan terpaksa dipindahkan.
Lapan pesawat tentera sedang meronda dan memantau kesan tsunami yang memusnahkan negara paling maju di Asia itu.
Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan mengarahkan tentera melakukan apa yang terdaya bagi membantu keadaan. Beliau dijangka akan mengadakan mesyuarat jemaah menteri.
Menurut jurucakap kerajaan, lebih banyak tsunami dijangkakan.
Bank pusat Jepun pula memberi jaminan akan memastikan kestabilan pasaran kewangan.
Beberapa pusat tenaga nuklear juga ditutup secara automatik.
Serentak dengan perkembangan itu, beberapa negara seperti Cina dan Taiwan juga mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduknya supaya berpindah.
– Agensi

-Malaysiakini

Penduduk Labuan, Sabah dinasihat jauhi pantai

Penduduk di Labuan dan Sabah dinasihati supaya menjauhi pesisir pantai berikutan laut bergelora dan paras air laut lebih tinggi daripada yang dijangka bermula 6 petang hingga tengah malam ini.

Jabatan Metereologi dalam satu kenyataan hari ini berkata ini dijangka berlaku ekoran gempa bumi kuat yang melanda Jepun tengah hari tadi.

Katanya satu gempa bumi bermagnitud 8.8 pada skala Richter telah berlaku di Pantai Honshu, Jepun pada 1.46 petang, 4,434 kilometer dari timur laut Kudat, Sabah.

Bagaimana setkaat ini, tiada amaran tsunami dikeluarkan kepada negara ini.

- Bernama

- Malaysiakini

0 Shared Facebook 0 Google+ 0 Twitter 0 Email -- 0 Shared ×