Anything
Berjuang untuk hidup, atau berjuang untuk menentukan sebuah kehidupan?
Berapa lamakah kita sudah ‘berikrar’ bahawasanya tiada Tuhan selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?
Pernahkah kita menilai keimanan kita selama kita mengabdikan diri kita sebagai umat Islam?
Pernahkah kita fikir, akan segala kandungan firman-firmah Allah di dalam al-Quran? Apakah segala firman2 Allah itu sekadar seperti buku sejarah yang menceritakan tentang kisah2 silam sahaja? atau sebenarnya segala isi Quran itu adalah panduan dan rujukan umat manusia di dalam percaturan hidup seharian tidak kira dalam apa jua urusan?
Cuba kita renungi segala peringatan dan panduan yg terkandung di dalam alQuran, tidakkah kita menjumpai ayat2 yang amat nyata dan jelas sekali sedang terjadi ketika ini? sedang kita hadapi sekarang ini? sedang kita redahi peristawa yg digambarkan itu ketika ini?
Seringkali Allah mengingatkan, telah Allah jadikan apa yg berlaku kepada umat terdahulu sebagai panduan dan peringatan bagi kita, tetapi apakah kita mengambil pengajaran? atau kita hanya sedar setelah Allah timpakan kemusnahan ke atas kita dan kaum kita, tetapi sudah segalanya sudah terlewat pada ketika itu.
Andainya kita tidak pernah lupa wasiat Rasulullah
tetang 2 perkara yang ditinggalkan kepada kita, iaitu Quran & Sunnah, pasti tidak ada satupun masalah yang kita hadapi hari ini tidak dapat diselesaikan. Cuba kita perhati satu persatu, setiap masalah kita hari ini, dan cari penyelesaiannya dgn menjadikan Quran & Sunnah sbg rujukan, apakah kita tidak akan menjumpai jalan2 keluar serta jalan2 penyelesaian pada tiap satu masalah itu?
Sebagai contoh surah al-Hujurat ayat 6-12 (more…)
Rehatkan Minda
Dapat cerita jenaka ni dari email berantai
