Kartun Zunar
Ringkasan Keputusan PRU-13
5 Mei 2013 sekali lagi Malaysia menjalani proses demokrasi dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
PRU-13 ini menyaksikan peratus keluar mengundi tertinggi dalam sejarah. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan bahawa 84.84 peratus atau 11,257,147 daripada jumlah 13,268,002 pengundi berdaftar keluar mengundi bagi 222 kerusi Dewan Rakyat (Parlimen) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) tahun ini. Semangat pengundi pada kali ini jelas dilihat apabila laluan keluar dari pusar bandar KL, tidak kira lebuhraya ke utara, selatan atau pantai timur telah mula sesak sejak petang Jumaat 3 Mei 2013. (more…)
Kronologi & Senarai Korban “Ops Daulat”
Senarai anggota keselamatan terkorban
sumber asal : Malaysiakini
Berikut adalah senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:
1 Mac 2013 – ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69.
1 Mac 2013 – Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69.
2 Mac 2013 – ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
2 Mac 2013 – ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
2 Mac 2013 – Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 – L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 – Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
2 Mac 2013 – Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
12 Mac 2013 – Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau. (more…)
DEMOKRASI, PLURALITI DAN PRU-13
DEMOKRASI, PLURALITI DAN PRU-13
Siddiq Fadzil
Presiden Wadah Pencerdasan Umat (WADAH)
(Teks ucapan di Konvensyen Pencerdasan Rakyat, di Dewan Kompleks Belia dan Kebudayaan, Shah Alam, pada 9 Mac 2013).
Pilihanraya dalam sistem demokrasi adalah hari kebesaran kuasa rakyat. Ia harus disambut dengan semangat hormat terhadap suara rakyat, yang bukan lagi “suara anjing menyalak bukit”, tetapi suara berdaulat yang membawa kata putus, sebagai aktualisasi prinsip al-sha`b masdar al-sultah (rakyat adalah sumber kekuasaan). Tetapi pilihan raya hanya akan benar-benar menjadi hari kuasa rakyat, apabila rakyat dapat menggunakan hak demokratiknya dengan bebas dan cerdas, bijaksana dan penuh rasa tanggungjawab.
Dalam kaitan inilah relevannya gerakan pencerdasan rakyat untuk memungkinkan mereka membuat pertimbangan yang adil dan rasional, dan seterusnya menentukan pendirian dan pilihan yang tepat. Dengan demikian barulah pilihan raya dapat menjadi mekanisme demokrasi yang menghasilkan pemerintahan dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat.
Demokrasi dan Media
Dalam era kekuasaan media, rakyat seringkali (more…)
Kartun Zunar
Zunar Fan Club / Zunar / Malaysiakini
Karya kartun Zunar memang tidak asing lagi dalam dunia sepak terajang politik di Malaysia.

Penghasilan karya beliau banyak berkisar tentang isu-isu semasa, suasana sepak terajang politik di Malaysia. Jadi tidak hairanlah sekiranya beliau menerima tekanan dari pelbagai pihak, hingga beberapa kali telah “cuba” disaman, diheret ke mahkamah. Namun semangat Zunar untuk terus berkarya tidak pernah luput, malahan semakin menaikkan semangat beliau.
Berikut antara karya Zunar yang saya simpan, seluruh koleksi Zunar untuk Malaysiakini.com



